BANTUAN ZAKAT PENDIDIKAN BANK RAKYAT 2023 : PERMOHONAN DAN SEMAKAN
Yayasan Bank Rakyat telah membuka tawaran Permohonan Bantuan Zakat Pendidikan Bank Rakyat bagi tahun 2023 ini buat pelajar di peringkat pengajian seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda
Permohonan Bantuan Zakat Pendidikan Bank Rakyat 2023 dibuka mulai 18 September hingga 17 Oktober 2023.
Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang kelebihan pembiayaan yang ditawarkan serta cara membuat permohonan dan semakan keputusan tawaran.
BACA JUGA : PPBU BANK RAKYAT : PERMOHONAN / SYARAT / BORANG / PENGALAMAN (PEMBIAYAAN PENDIDIKAN BOLEH UBAH)
APAKAH ZAKAT PENDIDIKAN
Bantuan ini ditawarkan ke peringkat pengajian tinggi daripada Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (PH.D) kepada warganegara Malaysia yang layak.
Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar yang berpotensi untuk menerima pendidikan sarjana muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta tempatan dan Institut Latihan di negara ini secara sepenuh masa.
Ia ditawarkan kepada pemohon yang telah mendapat kemasukan dan berada di tahun pertama pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan. (NVTC).
Ia menyediakan bantuan pendidikan untuk pengajian sarjana muda dalam spektrum luas mata pelajaran akademik dan praktikal yang pada pendapat ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR berorientasikan yang terbaik kepada keperluan pembangunan sosial dan ekonomi negara dan masyarakat.
KELEBIHAN ZAKAT PENDIDIKAN BANK RAKYAT
Peminjam tidak perlu buat sebarang bayaran balik pinjaman jika tamat pengajian dengan CGPA 3.50 ke atas!
Bagi yang tamat pengajian dengan CGPA 3.00 – 3.49 anda hanya perlu bayar 30% sahaja dari jumlah pembiayaan.
JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DITAWARKAN
Jumlah yang ditawarkan melalui Zakat Pendidikan / Biasiswa sepadan dengan tahap pengajian seperti berikut:
- Ijazah Kedoktoran: Sehingga RM18,600 setahun.
- Ijazah Sarjana: Maksimum RM12,000 setahun
- Ijazah Sarjana Muda: Maksimum RM9,500 setahun (RM6,500 untuk UiTM)
- Diploma: Maksimum RM7,500 setahun (RM5,000 untuk UiTM dan Politeknik)
- Diploma Kemahiran: Sehingga RM30,000 (Sehingga 3 tahun).
- Sijil Kemahiran: : RM4,920 setiap peringkat (peruntukan termasuk yuran dan kos sara hidup).
KURSUS YANG DITAWARKAN
Terbuka kepada semua bidang pengajian. kecuali kursus Perubatan dan Penerbangan (Lesen).
Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut:
- Perakaunan
- Perbankan
- Pengurusan perniagaan
- Sumber Manusia
- Ekonomi
- Komunikasi Media
- Undang-undang
- Sains Aktuari
Kedoktoran PHD, Ijazah Sarjana, Pengajian Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian.
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC) dan Sijil Kemahiran lain diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia yang berkaitan.
SYARAT KELAYAKAN ZAKAT PENDIDIKAN BANK RAKYAT 2023
Warganegara Malaysia yang telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dan memenuhi syarat kelayakan akademik berikut:
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun semasa memohon, dan tidak melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian (Permohonan Sijil Kemahiran, Diploma, Diploma Vokasional, Ijazah Sarjana Muda dan Profesional).
- Manakala bagi pemohon Sarjana dan PhD, calon dikehendaki menamatkan pengajian sebelum umur 45 tahun.
- Pemohon hendaklah melanjutkan pelajaran mereka SEPENUH MASA. Pelajar SAMBILAN tidak layak memohon.
PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PENDIDIKAN BANK RAKYAT
CARA PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PENDIDIKAN BANK RAKYAT 2023 ONLINE.
- Pergi ke Portal Rasmi Permohonan di sini : https://application.yayasanbankrakyat.com.my/ybrappnew/.
- Untuk pengguna baru sila tekan [Pendaftaran Pengguna].
- Anda akan dipaparkan dengan [Notis Perlindungan Data Peribadi].
- Sila tandakan pada ruangan [Kebenaran] untuk pemprosesan maklumat.
- Kemudian klik [Seterusnyan].
- Sila isikan maklumat yang diperlukan.
- Kemudian tandakan [I’m not robot].
- Seterusnya klik [Hantar].
- Kemudian [Log Masuk] kembali Nombor Kad Pengenalan dan Kata laluan anda.
- Isikan segala maklumat yang diperlukan.
- Klik [Hantar].
- Selesai.
SEMAKAN STATUS BANTUAN ZAKAT PENDIDIKAN BANK RAKYAT 2023
CARA SEMAKAN STATUS BANTUAN ZAKAT PENDIDIKAN BANK RAKYAT 2023
- Masuk ke Portal YAYASAN BANK RAKYAT (YBR).
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
- Kemudian masukkan Kata Laluan.
- Klik [Log Masuk].
- Anda boleh lihat status permohonan di sini.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan berkaitan dengan maklumat di atas, anda boleh hubungi pihak berwajib di bawah ini.
Nombor talian bantuan : 03-26120956/03-22024557/03-26126444/03-26004756