PPBU BANK RAKYAT 2023 : PERMOHONAN / SYARAT / BORANG / PENGALAMAN (PEMBIAYAAN PENDIDIKAN BOLEH UBAH)

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PPBU BANK RAKYAT 2023 : PERMOHONAN / SYARAT / BORANG / PENGALAMAN (PEMBIAYAAN PENDIDIKAN BOLEH UBAH)

Yayasan Bank Rakyat telah membuka tawaran Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat bagi tahun 2022 kepada calon-calon yang berkelayakan yang ditawarkan untuk pengajian di peringkat Sijil Kemahiran, Diploma Kemahiran dan Diploma.Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) daripada Yayasan Bank Rakyat dibuka mulai 12 September hingga 14 Oktober 2022.

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai cara memohon dan semakan keputusan permohonan PPBU.

Baca juga : i-WIRA LTAT LOGIN : LOG MASUK / PENDAFTARAN / SEMAK BAKI / PENYATA / PENCEN

PPBU BANK RAKYAT 2022

PPBU ditawarkan ke peringkat pengajian tinggi daripada Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (PH.D) kepada warganegara Malaysia yang layak.

Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar yang berpotensi untuk menerima pendidikan sarjana muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta tempatan dan Institut Latihan di negara ini secara sepenuh masa.

PPBU ditawarkan kepada pemohon yang telah mendapat kemasukan dan berada di tahun pertama pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan. (NVTC).

PPBU menyediakan bantuan pendidikan untuk pengajian sarjana muda dalam spektrum luas mata pelajaran akademik dan praktikal yang pada pendapat ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR berorientasikan yang terbaik kepada keperluan pembangunan sosial dan ekonomi negara dan masyarakat.

KELEBIHAN PPBU BANK RAKYAT

Peminjam tidak perlu buat sebarang bayaran balik pinjaman jika tamat pengajian dengan CGPA 3.50 ke atas!

Bagi yang tamat pengajian dengan CGPA 3.00 – 3.49 anda hanya perlu bayar 30% sahaja dari jumlah pembiayaan.

Rujuk jadual pembayaran balik PPBU Bank Rakyat di bawah:

JADUAL PEMBAYARAN BALIK PPBU

JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DITAWARKAN

Jumlah yang ditawarkan melalui Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa sepadan dengan tahap pengajian seperti berikut:

a. Ijazah Kedoktoran: Sehingga RM18,600 setahun

b. Ijazah Sarjana: Maksimum RM12,000 setahun

c. Ijazah Sarjana Muda: Maksimum RM9,500 setahun (RM6,500 untuk UiTM)

d. Diploma: Maksimum RM7,500 setahun (RM5,000 untuk UiTM dan Politeknik)

e. Diploma Kemahiran: Sehingga RM30,000 (Sehingga 3 tahun).

f. Sijil Kemahiran: : RM4,920 setiap peringkat (peruntukan termasuk yuran dan kos sara hidup).

KURSUS YANG DITAWARKAN

Terbuka kepada semua bidang pengajian. kecuali kursus Perubatan dan Penerbangan (Lesen).

Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut:

  • Perakaunan
  • Perbankan
  • Pengurusan perniagaan
  • Sumber Manusia
  • Ekonomi
  • Komunikasi Media
  • Undang-undang
  • Sains Aktuari
  • Kedoktoran PHD, Ijazah Sarjana, Pengajian Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian.

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC) dan Sijil Kemahiran lain diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia yang berkaitan.

SYARAT PPBU BANK RAKYAT

Syarat Kelayakan PPBU Bank Rakyat 2022

Warganegara Malaysia yang telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dan memenuhi syarat kelayakan akademik berikut:-

  1. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun semasa memohon Pembiayaan PPBU, dan tidak melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian (Permohonan Sijil Kemahiran, Diploma, Diploma Vokasional, Ijazah Sarjana Muda dan Profesional).
  2. Manakala bagi pemohon Sarjana dan PhD, calon dikehendaki menamatkan pengajian sebelum umur 45 tahun.
  3. Pemohon hendaklah melanjutkan pelajaran mereka SEPENUH MASA. Pelajar SAMBILAN tidak layak memohon.

CARA MEMOHON PPBU BANK RAKYAT

Untuk memohon sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari pautan yayasanbankrakyat.com.my
  2. Pastikan anda telah mendapat tawaran kemasukan daripada universiti tempatan.
  3. Sila daftar permohonan di portal Yayasan Bank Rakyat untuk mengisi borang permohonan.
  4. Keputusan permohonan boleh disemak melalui laman web Yayasan Bank Rakyat, e-mel dan SMS. Surat tawaran juga akan die-melkan kepada pemohon yang berjaya disenarai pendek.
    Pemohon yang berjaya disenarai pendek dikehendaki untuk menjawab soalan kuiz secara atas talian.
  5. Sila simpan satu salinan borang permohonan ppbu bank rakyat lengkap untuk tujuan rujukan.

*Permohonan adalah secara atas talian sahaja.

**Pelajar dikehendaki membuka Akaun Simpanan Bank Rakyat sebelum memohon Tajaan PPBU dengan jumlah minimum RM 100.00

SEMAKAN PPBU BANK RAKYAT

Keputusan bagi permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Fasa 2 2022 – Diploma Kemahiran & Diploma telah dikeluarkan.

Semakan boleh dilakukan melalui laman web Yayasan Bank Rakyat di pautan berikut:

https://application.yayasanbankrakyat.com.my/index.php

PENGALAMAN PPBU BANK RAKYAT

mira nak kongsi pengalaman mira memohon Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat. Alhamdulillah, bersyukur sgt2 diterima sebagai pelajar tajaan Yayasan Bank Rakyat(YBR) ni -Mira

Hi guys, I dah habis belajar and alhamdulillah dapat 3.5 and above. And alhamdulillah haritu I dah dapat surat dari YBR and alhamdulillah again, my pinjaman dah tukar status biasiswa. Ngee. So I am officially loan-free student hehe. So korang pun boleh tau! Just maintain kan pointer atas 3.5 then boom! Boleh convert biasiswa. Ayuhlah sama sama kita ke arah pembelajaran percuma okie – Atikah Juliadani

Based on my research, kalau pointer yang kita dapat tu 3.5 above basically, PPBU akan tukar jadi biasiswa, bukan pinjaman dah sebab bayaran balik dia untuk pointer 3.5 above adalah 0%. TAPI ikut juga korang masuk ke universiti apa. Yang penting, bukan je pointer tinggi tu korang dapat untuk tukar pinjaman ke biasiswa, tapi untuk menyenangkan korang untuk sambung pengajian ke peringkat Master atau pon untuk application kerja. -Syah

UNTUK RUJUKAN

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pembiayaan Boleh Ubah Bank Rakyat, sila rujuk Soalan Lazim di pautan berikut:

https://www.yayasanbankrakyat.com.my/

ALAMAT:
Yayasan Bank Rakyat,
8th Floor, Tower 1,
Menara Kembar Bank Rakyat,
No.33, Jalan Rakyat,
50470, Kuala Lumpur, Malaysia

TELEFON:
+603 2612 9600

EMAIL:
yayasan@bankrakyat.com.my

1 thought on “PPBU BANK RAKYAT 2023 : PERMOHONAN / SYARAT / BORANG / PENGALAMAN (PEMBIAYAAN PENDIDIKAN BOLEH UBAH)”

Leave a Comment