SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI PERAK : PERMOHONAN (SMAN)
Ada berita baik buat ibu bapa yang ingin menghantar anaknya ke tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak. Permohonan kemasukan kini telah di buka kepada yang berkelayakan bagi ambilan 2023.
Permohonan SMAN Perak untuk ke tingkatan 1 ini boleh dibuat secara online. Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai permohonan ke SMAN Perak 2023 serta cara permohonan.
Baca juga : CONTOH SOALAN MEDSI 2023 : CONTOH JAWAPAN TERBARU
SMAN PERAK
Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) merupakan Sekolah Menengah Agama di bawah Jabatan Agama Islam Perak yang menawarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) beserta Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Dini Tahfiz (KBT).
SENARAI SEKOLAH AGAMA NEGERI PERAK
SENARAI SEKOLAH SMAN PERAK
Berikut adalah merupakan antara senarai sekolah mengikut kurikulum yang ditawarkan adalah seperti berikut:
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)
- KURIKULUM BERSEPADU DINI (KBD)
- Sekolah Izzuddin Shah
- Sekolah Raja Perempuan Taa’yah
- Sekolah Raja Dr Nazrin Shah
- KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ (KBT)
- Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung
- Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Lenggong
- Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang
- Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Kerian
PERMOHONAN SEKOLAH AGAMA NEGERI PERAK 2022
PERMOHONAN SMAN PERAK 2022
SYARAT KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI PERAK
Syarat permohonan yang telah ditetapkan bagi membuat permohonan adalah permohon harus memperoleh sekurang-kurangnya 4A dalam UPKK tahun 2021
TARIKH PERMOHONAN SMAN PERAK (Tingkatan 1)
Tarikh permohonan kemasukan SMAN bagi tahun 2023 ini akan dibuka mulai 27 Oktober 2022 iaitu hari Khamis hingga 30 November 2022 iaitu hari Rabu.
CARA PERMOHONAN SMAN PERAK
Kepada ibu bapa yang ingin membuat permohonan bagi anaknya ke SMAN Perak, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari website https://e-smanperak.my/page/pagedetail.php?schid=69&schname=PERMOHONAN
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan tepat dan lengkap
- Semak kembali maklumat anda, sekiranya telah lengkap hantar permohonan.
- Selesai
UNTUK RUJUKAN
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemasuk SMAN Perak tahun 2023, anda boleh merujuk melalui saluran berikut:
- Website rasmi: https://e-smanperak.my/
- Alamat: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak, Tingkat 7, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.
- No Telefon: 05-2084950/4951/4955/4949/4938.