HARGA MAS KAHWIN : SEMAKAN / SENARAI / MENGIKUT NEGERI

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

HARGA MAS KAHWIN : SEMAKAN / SENARAI / MENGIKUT NEGERI

Adakah anda merancang untuk berkahwin dan ingin mengetahui kadar mas kahwin anda? Ramai orang terkeliru perbezaan antara duit hantaran dan duit mas kahwin.

Kepada pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, mesti ingin mengetahui semakan kadar harga mas kahwin atau mahar mengikut negeri masing-masing. Disini kami kongsikan semakan harga mas kahwin mengikut negeri.

Baca juga artikel lain : ID AKAUN EZBIZ : CARA AKTIFKAN & TANPA PERLU KE PEJABAT SSM

APA ITU MAS KAHWIN / MAHAR

Mas Kahwin Maksud

Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al- ‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan. Mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan.

Terdapat 2 jenis kaedah mahar, iaitu:

  • Mahar Musamma.
    Mas kahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai maskahwin saudara-saudara perempuan yang lain. Mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah seperti yang diamalkan dalam perkahwinan masyarakat kita pada hari ini.
  • Mahar Misil ( mahar yang sepadan )
    Mahar yang dinilai mengikut mas kahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu. Ia juga hendaklah dinilai sama dengan mas kahwin keluarganya yang paling dekat sekali seperti kakak, ibu saudaranya. Seterusnya menilaikan keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya.

SEMAKAN/SENARAI HARGA MAS KAHWIN MENGIKUT NEGERI

HARGA MAS KAHWIN SETIAP NEGERI 2022

Berikut adalah merupakan kadar semakan harga mas kahwin mengikut negeri:

  1. Mas Kahwin Johor
    Bagi anak dara adalah RM22.50.
    Bagijanda pula adalah RM22.50.
  2. Mas Kahwin Melaka
    Bagi anak dara adalah RM100.00.
    Bagijanda pula adalah RM100.00.
  3. Mahar Negeri Sembilan
    Bagi anak dara adalah RM24.00.
    Bagijanda pula adalah RM12.00.
  4. Mas Kahwin Negeri Selangor
    Bagi anak dara adalah RM300.00.
    Bagijanda pula adalah RM300.00.
  5. Mas Kahwin KL
    Bagi anak dara adalah RM80.00.
    Bagijanda pula adalah RM40.00.
  6. Mahar Perak
    Bagi anak dara adalah RM101.00.
    Bagijanda pula adalah RM101.00.
  7. Mahar Pulau Pinang
    Bagi anak dara adalah RM24.00.
    Bagijanda pula adalah RM24.00
  8. Mas Kahwin Kedah
    Tidak meletakkan berapa nilai yang perlu dibayar sebagai mas kahwin. Bergantung kepada perbincangan   kedua-dua belah keluarga berapa jumlah mas kahwin yang ingin diletakkan.
  9. Mas Kahwin Perlis
    Tidak meletakkan berapa nilai yang perlu dibayar sebagai mas kahwin. Bergantung kepada perbincangan   kedua-dua belah keluarga berapa jumlah mas kahwin yang ingin diletakkan.
  10. Mas Kahwin Terengganu
    Tidak meletakkan berapa nilai yang perlu dibayar sebagai mas kahwin. Bergantung kepada perbincangan   kedua-dua belah keluarga berapa jumlah mas kahwin yang ingin diletakkan.
  11. Mas Kahwin Kelantan
    Tidak meletakkan berapa nilai yang perlu dibayar sebagai mas kahwin. Bergantung kepada perbincangan   kedua-dua belah keluarga berapa jumlah mas kahwin yang ingin diletakkan.
  12. Mas Kahwin Sabah
    Bagi anak dara adalah RM80.00.
    Bagijanda pula adalah RM80.00.
  13. Mahar Sarawak
    Bagi anak dara adalah RM120.00.
    Bagijanda pula adalah RM120.00.
  14. Mahar Labuan
    Bagi anak dara adalah RM80.00.
    Bagijanda pula adalah RM80.00.

NOTA: Bagi negeri yang tiada ketetapan mahar, anda perlu menggunakan dua kaedah untuk menentukan mahar ini iaitu menggunakan kaedah mahar mithil atau menggunakan kaedah mahar musamma.

HIKMAH DIWAJIBKAN BAYARAN MAS KAHWIN

Mufti Wilayah Persekutuan ada menulis artikel Hikmah Ditetapkan Mas Kahwin dalam Perkahwinan. Secara ringkasnya, pemberian mas kahwin mempunyai hikmah-hikmah berikut:

  1. Bagi menzahirkan keinginan bakal suami yang benar-benar menggauli isterinya dengan pergaulan yang baik dan membina rumahtangga yang mulia
  2. Bukti ikatan cinta antara kedua-duanya.
  3. Lambang kemuliaan dan penghargaan terhadap wanita melalui sesebuah perkahwinan.
  4. Menzahirkan keutamaan dan kepentingan sebuah perkahwinan di samping memuliakan kedudukan wanita.

SOALAN LAZIM

Apakah perbezaan mas kahwin dan mahar?

Tiada beza diantara mahar dan mas kahwin. Hal ini kerana ia merupakan perkara yang sama namun penggunaan istilah yang berbeza.

Mas Kahwin Hak Siapa?

Ia merupakan hak mutlak isteri dan turut menjadi satu tanda perakuan kasih dan tanggungjawab seorang suami kepada isterinya.

Apakan perbezaan Duit Hantaran dengan Mas Kahwin?

Duit hantaran merupakan sejumlah wang yang diberikan oleh lelaki kepada pihak perempuan. Biasanya jumlah yang diberikan agak besar dan jumlah ini bergantung kepada hasil perbincangan diantara kedua-dua belah keluarga. Duit hantaran hanyalah adat semata-mata dan tidak menjadi kewajipan pihak lelaki kepada pihak perempuan.

Mas Kahwin@Mahar pula merupakan tuntutan syarak yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri. Mahar yang disebut tunai sewaktu lafaz ijab qabul perlu diberikan sebelum pernikahan berlangsung.

Leave a Comment