BANTUAN PENDIDIKAN ZAKAT SELANGOR 2023 : PERMOHONAN/SEMAKAN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BANTUAN PENDIDIKAN ZAKAT SELANGOR 2023 : PERMOHONAN/SEMAKAN

Perhatian kepada pelajar yang ingin menyemak status permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS). Anda kini boleh membuat semakan secara atas talian melalui Portal Rasmi Zakat Selangor. Di sini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat permohonan dan semakan bantuan pendidikan zakat selangor. Semoga dapat membantu anda.

BACA JUGA : BANTUAN ZAKAT PENDIDIKAN BANK RAKYAT : PERMOHONAN DAN SEMAKAN

APA ITU SPZAS

SPZAS adalah salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertujuan meringankan beban kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara dan luar negara bagi golongan pendapatan pertengahan dan bawah (M40 & B40) yang memenuhi syarat kelayakan.

Ia merujuk kepada golongan isi rumah B40 dan M40 yang paling mudah terjejas dan memerlukan kestabilan pekerjaan serta peningkatan pendapatan bagi menampung kos pendidikan, kos pemilikan perumahan dan kos sara hidup.

SYARAT KELAYAKAN PENDIDIKAN ZAKAT SELANGOR

Berikut adalah syarat atau kriteria kelayakan permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat :

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir dan menetap di Selangor atau bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.
  • Bagi SPZAS IPT dalam negara – Dibuka untuk peringkat pengajian Sijil/Pra Diploma/Asasi/Matrikulasi/Diploma/Diploma Lanjutan/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana.
  • Bagi SPZAS IPT luar negara – dibuka untuk peringkat Sijil/Sijil Profesional/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana di semua negara.
  • Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM11,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan luar negara.

PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN ZAKAT SELANGOR

CARA PERMOHONAN ZAKAT PENDIDIKAN SELANGOR 2023 ONLINE.

  1. Pergi ke laman utama Lembaga Zakat Selangor : https://www.zakatselangor.com.my/.

  2. Klik [Info Zakat] di atas.

  3. Kemudian klik [Permohonan Zakat].

  4. Pilih [BANTUAN PENDIDIKAN ANAK ASNAF].

  5. Sila isi semua maklumat yang diperlukan.

  6. Klik [Hantar].

  7. Selesai.

Nota : Sumbangan ini adalah dalam bentuk sumbangan one-off sahaja.

SEMAKAN STATUS PENDIDIKAN ZAKAT SELANGOR

Di bawah adalah maklumat mengenai cara semakan status Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) yang boleh anda ikuti:

  1. Sila layari : https://spzas.zakatselangor.com.my/.
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  3. Kemudian klik butang [Semak].
  4. Status permohonan anda akan dipaparkan.
  5. Selesai.

Leave a Comment