PERMOHONAN BANTUAN PENGECUALIAN YURAN IPT 2023 : SULUNG B40

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PERMOHONAN BANTUAN PENGECUALIAN YURAN IPT 2023 : SULUNG B40

Kepada anak pertama bagi setiap keluarga golongan B40 yang berjaya melanjut penggajian ke peringkat pengajian tinggi, anda boleh membuat permohonan Sulung yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Disini kami akan kongsikan kepada anda cara permohonan dan syarat kelayakan, semoga membantu.

BACA JUGA : BANTUAN PENDIDIKAN ZAKAT SELANGOR : PERMOHONAN/SEMAKAN

APA ITU SULUNG B40

Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (Sulung) 2.0 diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) merupakan bantuan pembiayaan pendidikan kepada pelajar generasi pertama yang melanjutkan pengajian di peringkat pengajian tinggi dan daripada keluarga B40.

INISIATIF SULUNG B40

Inisiatif ini dilaksanakan berdasarkan terdapat anak-anak daripada golongan B40 memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mahupun Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) namun tidak berpeluang meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi akibat kekangan kewangan dan peluang.

MANFAAT SULUNG B40

Berikut adalah merupakan manfaat yang diperoleh melalui bantuan ini adalah seperti di bawah :

  • Pengecualian pembayaran Yuran Universiti sepanjang tempoh pengajian (kecuali yuran penginapan).
  • Pembangunan insaniah termasuk sokongan akademik dan kaunseling.

JENIS BANTUAN SULUNG B40

Antara jenis bantuan yang disediakan menerusi bantuan ini adalah :

  • Tawaran Biasiswa.
  • Asrama.
  • Program mentoring sehingga mendapat pekerjaan.

SYARAT KELAYAKAN

  • Pelajar Merupakan Warganegara Malaysia.
  • Pelajar Sedang Mengikuti Pengajian Di Peringkat Ijazah Sarjana Muda Dalam Mana-Mana Bidang Pengajian.
  • Anak Pertama Dalam Keluarga B40 Yang Belum Ada Ahli Keluarga Melanjutkan Pengajian Ke Perindkat Ijazah Sarjana Muda.
  • Memperolehi PNGK Sekurang-Kurangnya 3.0 Ke Atas; Dan Bukan Merupakan Penerima Biasiswa Penuh Pengajian Daripada Mana-Mana Pihak (Tidak Termasuk Penerima Pinjaman PTPTN / Pinjaman Boleh Ubah / Zakat Dan Lain-Lain Bantuan Kewangan Bukan Berbentuk Biasiswa Penuh).

NOTA : Untuk maklumat lanjut tentang program bantuan ini, sila rujuk dengan pihak pengurusan IPT masing-masing.

PERMOHONAN BANTUAN PENGECUALIAN YURAN IPT

Berikut adalah merupakan cara permohonan bantuan ini iaitu:

CONTOH PERMOHONAN SULUNG B40 2.0 UTHM

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa pelajar yang berminat untuk menyertai Sulung 2.0 yang akan ditawarkan mulai Semester I Sesi 2023/2024 seperti berikut:

  1. Sila layari pautan : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSent1HzqVaPycHBLwZg6UnKsgRf5I5jAMWilUFokRoh-rizEQ/viewform.
  2. Baca syarat dan kriteria permohonan dengan teliti.
  3. Isikan maklumat yang diperlukan di ruangan yang disediakan dengan lengkap dan betul.
  4. Seterusnya klik butang [Submit].
  5. Selesai.

Leave a Comment