CARA TUKAR TRANSFER LIMIT BANK ISLAM
Sebagai langkah keselamatan akaun pelanggan, pihak Bank Islam telah menetapkan transfer limit bagi setiap akaun pelanggannya.
Ini bagi mengelakkan amaun atau jumlah wang yang terlalu besar dipindah ke akaun lain dalam situasi pemilik akaun digodam oleh penjenayah.
BACA JUGA : SHARIAH KWSP : CARA TUKAR AKAUN SIMPANAN KONVENSIONAL
Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, pelanggan Bank Islam dan pemilik akaun boleh memilih untuk menukar atau menambah jumlah transfer limit Bank Islam sekiranya mereka perlu memindahkan jumlah wang yang lebih besar kepada penerima lain – contohnya untuk pembelian televisyen, basikal, bayaran hutang dan lain-lain.
Menariknya, proses menukar had transaksi pemindahan wang untuk pelanggan Bank Islam sangat mudah kerana pelanggan tidak perlu kaunter sebaliknya boleh dilakukan secara dalam talian sahaja.
CARA TUKAR TRANSFER LIMIT BANK ISLAM
CARA MENUKAR HAD TRANSAKSI LIMIT BANK ISLAM
- Sila [Log Masuk] akaun Perbankan Internet Bank Islam anda di sini :
- Pada halaman dashboard akaun anda, klik [Settings] pada bahagian menu.
- Klik [Transaction Limit Maintenance].
- Masukkan jumlah had limit baru anda pada [Own Account Transfer].
- Kemudian masukkan jumlah had limit pada [Third Party Transfer].
- Seterusnya [Bills Payment].
- Tukar juga had limit pada [Prepaid reload] dan [FPX].
- Untuk pengesahan, anda diminta untuk memasukkan [i-Access Code] anda.
- Kemudian klik [Confirm] untuk pengesahan.
- Selesai.
HAD TRANSFER
Secara default, pihak Bank Islam telah menetapkan had transaksi harian bagi pelbagai jenis transaksi seperti yang berikut:
- Intrabank Funds Transfer (IFT) – RM50,000 had gabungan.
- Interbank GIRO (IBG) – RM50,000 had gabungan.
- DuitNow – RM50,000 had gabungan.
- Transfer Within Own Accounts (Pemindahan Dalam Akaun Sendiri) – Had gabungan RM1,000,000 untuk pemindahan dengan dari akaun Bank Islam ke akaun Bank Islam sendiri, akaun Tabung Haji ke akaun Tabung Haji sendiri, SSPN-i untu akaun SSPN-i sendiri.
Jumlah ini mungkin berubah dari semasa ke semasa dan anda boleh merujuk ke halaman Internet Banking Bank Islam untuk sebarang perubahan terkini transfer limit Bank islam.
Tidak semua jenis transaksi di atas perlu ditetapkan had limit.
Kemudahan untuk mengubah had pemindahan dalam talian ini sememangnya menjimatkan masa anda kerana anda tidak perlu ke bank untuk membuat perubahan-perubahan had transaksi ini.
RUJUKAN
Anda boleh mengunjungi cawangan Bank Islam terdekat, atau hubungi talian hotline perkhidmatan pelanggan di +60326900900.