SHARIAH KWSP 2023 : CARA TUKAR AKAUN SIMPANAN KONVENSIONAL

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SHARIAH KWSP 2023 : CARA TUKAR AKAUN SIMPANAN KONVENSIONAL

Untuk makluman kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWSP), sekarang anda mempunyai pilihan untuk tukar dari  akaun jenis simpanan konvensional kepada simpanan jenis patuh syariah Islam.

Jenis akaun simpanan tersebut dikenali sebagai Shariah KWSP. Di mana simpanan yang dibuat akan diurus dan dilabur berdasarkan prinsip syariah Islam. Jenis akaun simpanan Shariah ini turut terbuka kepada semua ahli tanpa mengira bangsa, agama dan kewarganegaraan.

Apakah itu Shariah KWSP 2023? Bagaimanakah cara tukar akaun konvensional KWSP kepada akaun simpanan patuh syariah Islam? Ikuti keterangan lanjut di sini.

BACA JUGA : KWSP ONLINE : (CARA PENDAFTARAN/REGISTER/LOGIN/SEMAKAN DAN CHECK i-AKAUN EPF)

APA ITU AKAUN SIMPANAN SHARIAH KWSP?

Simpanan Shariah KWSP merupakan satu pilihan simpanan bagi ahli yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip syariah. Bagi memastikan Simpanan Shariah diuruskan mengikut syariah sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 43A Akta, suatu rangka kerja tadbir urus syariah diwujudkan untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi Simpanan Shariah.

KENAPA PERLU TUKAR KE AKAUN SHARIAH?

Bagi yang beragama Islam,

  • Membantu ahli menyediakan simpanan persaraan yang diuruskan secara patuh syariah untuk kegunaan ahli dan keluarga terutamanya untuk menunaikan ibadah haji dan umrah tanpa sebarang keraguan dan was-was ke atas sumber dana.
  • Memastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidak pastian di dalam kontrak) yang sering terdapat di dalam pelaburan di dalam perbankan konvensional dan insuran.
  • Membantu ahli (sekiranya meninggal dunia) menyediakan dana yang halal (simpanan ahli) untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka.

TANGGUNGJAWAB AHLI KWSP YANG BERAGAMA ISLAM

  • Bertukar ke Simpanan Shariah agar simpanan diurus dan dilaburkan mengikut prinsip shariah.
  • Melakukan penyucian dividen yang dikreditkan ke akaun sekiranya belum bertukar ke Simpanan Shariah.
  • Bayar zakat ke atas simpanan KWSP yang telah diwajibkan zakat dengan merujuk kepada pihak berkuasa zakat negeri.
  • Melakukan penamaan sebagai pentadbir bagi memudahkan simpana diuruskan mengikut undang-undang Islam setelah meninggal dunia.

Bagi ahli yang bukan beragama Islam, anda juga boleh bertukar kepada akaun shariah ini.

Ia sebagai alternatif kepada Simpanan Konvensional, di mana:

  • Objektif pelaburan dan profil risiko yang sama.
  • Alokasi aset strategik yang sama.
  • Hanya melabur di dalam pelaburan beretika yang mematuhi prinsip syariah.
  • Pendedahan pelaburan yang minima di dalam sektor kewangan berbanding Simpanan Konvensional.

CARA TUKAR AKAUN KONVERSIONAL KE AKAUN SHARIAH

Ahli perlu mendaftar i-Akaun Ahli terlebih dahulu untuk membolehkan permohonan pendaftaran Simpanan Shariah dilakukan secara dalam talian.

Untuk yang belum mendaftar i-Akaun Ahli, sila rujuk artikel di pautan ini – Daftar i-Akaun Ahli

Berikut adalah langkah tukar akaun konvesional ke akaun shariah:

  1. Log masuk ke i-Akaun KWSP
  2. Pilih tab Simpanan Shariah
  3. Ikut panduan dan arahan untuk pertukaran ke Simpanan Shariah
  4. Anda perlu membuat pengesahan maklumat ahli, akad Simpanan dan pengesahan persetujuan akad menggunakan TAC.

[NOTA] : 

  • Anda tidak boleh memilih untuk kembali ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kuat kuasa.

BEZA AKAUN KONVESIONAL VS AKAUN SHARIAH

SIMPANAN SHARIAH

1. Keahlian 

  • Semua ahli KWSP boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah

2. Akad (Kontrak Shariah)

  • Tertakluk kepada Akad Simpanan Shariah berdasarkan akad Wakadah

3. Kadar Dividen

  • Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Shariah

4. Perakuan Jawatan Kuasa Penasihat Shariah (JKPS)

  • Diperakui oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) dan tertakluk kepada Rangka Keja Tadbir Urus Shariah

5. Pertukaran akaun

  • Ahli tidak boleh memilih untuk kembali ke Simpanan Konvesional selepas tarikh kuat kuasa

SIMPANAN KONVESIONAL

1. Keahlian 

  • Semua Ahli KWSP adalah Simpana Konvesional selagi mana belum memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah

2. Akad (Kontrak Shariah)

  • Tidak berkenaan

3. Kadar Dividen

  • Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan konvesional(pelaburan tidak patuh Shariah dan patuh Shariah) dan tertakluk kepada kadar dividen minimum 2.5%

4. Perakuan Jawatan Kuasa Penasihat Shariah (JKPS)

  • Tidak berkenaan

5. Pertukaran akaun

  • Ahli boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah

Leave a Comment