SEMAK BANTUAN BAKUL MAKANAN RM600 2023 BERMULA PADA BULAN INI

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAK BANTUAN BAKUL MAKANAN

Terbaru 2023, pihak kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar telah mengumumkan pemberian bantuan bakul makanan kepada rakyat Malaysia. Bantuan tambahan ini bertujuan membantu meringankan bebanan rakyat yang sedang mengalami krisis kewangan.

Untuk pengetahuan anda, kategori yang berkelayakan terima bantuan ini ialah dalam kategori miskin tegar. Kategori miskin tegar ini diukur berdasarkan daripada pangkalan data eKasih.

Bagaimanakah semak bantuan bakul makanan 2023? Apakah cara memohon secara online? Rujuk maklumat lanjut di sini.

APA ITU BANTUAN BAKUL MAKANAN

Bantuan Bakul Makanan adalah bantuan tambahan yang akan diberikan kepada kategori miskin tegar yang menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023. Ia dikenali sebagai Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Ia dalam bentuk tanpa tunai dimana jumlah bantuan tersebut akan dikredit masuk ke MyKad penerima untuk membuat pembayaran barangan asas dan kedai yang telah disenaraikan.

KADAR BAYARAN

Penerima yang lulus akan terima seperti berikut barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan, berjumlah RM600 secara keseluruhannya.

TARIKH PEMBAYARAN

Ikuti jadual Bantuan SARA RM600 2023 di bawah :

PERKARATARIKH
Tarikh Bayaran Bantuan Bakul Makanan 2023(Julai 2023) : RM100
(Ogos 2023) : RM100
(September 2023) : RM100
(Oktober 2023) : RM100
(November 2023) : RM100
(Disember 2023) : RM100

SEMAKAN BANTUAN BAKUL MAKANAN

Anda boleh lakukan check status Bantuan Bakul Makanan di portal rasmi – DI SINI. Sila klik pautan yang disediakan tersebut. Kemudian, anda akan di bawa ke Halaman Utama Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih. Masukkan nombor Kad Pengenalan. Seterusnya, isi Captcha yang betul berdasarkan imej. Tekan Semak Status. Jika anda layak menerima bantuan ini, status akan dipaparkan. Selesai.

CARA PERMOHONAN BANTUAN BAKUL MAKANAN

Bagi pendaftaran penerima MyKasih akan dikenal pasti berdasarkan senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, eKasih. Berdasarkan semakan yang telah dibuat, kriteria penerima bantuan bakul makanan diambil kira berdasarkan data yang diambil daripada pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) serta sistem e-Kasih. Maklumat ini kemudiannya akan di check sekali lagi dengan data daripada penerima Bantuan STR 2023.

Kepada anda yang layak tetapi masih lagi membuat permohonan mahupun pendaftaran, anda boleh ikuti panduan cara daftar bantuan MyKasih – DI SINI.

Leave a Comment