PERMOHONAN SEKOLAH KHUSUS 2024 : TINGKATAN 4 ATAU 1
Terkini! Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus bagi sesi 2024/2025.
Pentaksiran ini adalah bagi kemasukan ke Tingkatan 1 dan juga Tingkatan 4 ke sekolah khusus.
Bagaimanakah permohonan sekolah khusus tingkatan 4 & 1 2024? Apakah maksud ujian PKSK? Ikuti penerangan lanjut yang dikongsikan ini.
MAKSUD SEKOLAH KHUSUS
Sekolah Khusus bermaksud Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) di bawah Kementerian Pertahanan.
Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) KPM layak untuk memohon dan menduduki PKSK. Sebagai pengetahuan anda, APDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.
Untuk makluman, pelajar yang ingin membuat permohonan kemasukan Sekolah Khusus Tingkatan 4 dan juga Tingkatan 1 dikehendaki menjalani ujian PKSK. Pihak kami akan kongsikan kepada anda apa itu PKSK.
APA ITU PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK)
PKSK ialah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point. Manakala, single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
TARIKH PERMOHONAN SEKOLAH KHUSUS 2024
Kepada ibu bapa dan penjaga yang berminat untuk memohon kemasukan Sekolah Khusus untuk Tingkatan 1 atau Tingkatan 4 bagi anak anda, sila lakukan permohonan bermula pada 1 Ogos 2023 sehingga 17 September 2023.
PERMOHONAN SEKOLAH KHUSUS 2024
Unuk memohon, boleh dilakukan secara online sahaja di laman sesawang yang telah disediakan khas oleh pihak KPM.
CARA PERMOHONAN SEKOLAH KHUSUS 2024
Berikut adalah cara memohon di atas talian:
- Sila kemaskini butiran APDM dengan berhubung pihak sekolah serta dapatkan butiran terkini Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) daripada guru kelas.
- Anda boleh mula mohon di sistem permohonan PKSK di pautan rasmi KPM
- Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/.
- Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/.
- Tekan “Borang Permohonan”.
- Pemohon dikehendaki memasukkan No. MyKid / MyKad murid dan No. MyKad / No. Pengenalan Diri Penjaga Utama / Penjaga Kedua.
- Kemudian tekan “Log Masuk”.
- Maklumat pemohon yang telah dipaparkan adalah maklumat padanan daripada Modul Pengurusan Murid. Jika terdapat maklumat yang tidak tepat, sila kemaskini maklumat di portal SPATKPM di pautan public.moe.gov.my. Seterusnya, sila berhubung dengan guru kelas sekolah asal untuk pengesahan pindaan maklumat. Pindaan maklumat yang telah disahkan oleh guru kelas akan dikemaskini dalam sistem permohonan ini secara automatik.
- Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBU BAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian.
- Pemohon dikehendaki mengisi dan menyemak semua MAKLUMAT yang diperlukan BETUL dan TEPAT.
- Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon DAN BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN.
- PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN.
- Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat dengan teliti sebelum mencetak.
- Pastikan pemohon membuat perakuan dan hantar borang tersebut jika semua sudah lengkap.
- Selesai.
Sumber rujukan panduan permohonan boleh didapati di : https://spskt1.moe.gov.my/spat1_mohon/panduan.cfm
TARIKH SEMAKAN PUSAT PKSK TINGKATAN 1 2024
Kepada pemohon Tingkatan 1 Pusat PKSK 2023 boleh mula buat semakan bermula pada 25 September 2023 hingga 27 Oktober 2023.
TARIKH SEMAKAN PUSAT PKSK TINGKATAN 4 2024
Pemohon bagi Tingkatan 4 boleh check Pusat Ujian PKSK 2024 pada tarikh 25 September 2023 sehingga 13 Oktober 2023.
CARA SEMAKAN PUSAT UJIAN PKSK 2024
Anda boleh check Pusat Ujian PKSK 2024 di pautan rasmi KPM
- Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/spat1_mohon/ujian_uksbp/semak_uksbp.cfm
- Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/ujian_uksbp4/semak_uksbp4.cfm
TARIKH UJIAN PKSK TINGKATAN 1 2024
Ujian PKSK Tingkatan 1 2024 akan dilaksanakan pada 16 Oktober sehingga 27 Oktober 2023.
TARIKH UJIAN PKSK TINGKATAN 4 2024
Pelaksanaan Ujian Peperiksaan PKSK Tingkatan 1 2024 akan dilakukan pada 2 Oktober hingga 13 Oktober 2023.
TIP PERSEDIAAN UJIAN PKSK 2024
Kepada calon yang berjaya mendapat tempat Pusat Peperiksaan PKSK 2023, ikuti tip persediaan di sini.
- Pastikan check pusat Ujian PKSK.
- Sila cetak slip pendaftaran PKSK dan bawa semasa menduduki Ujian PKSK.
- Pastikan calon bawa Kad Pengenalan.
- Sila bawah peralatan tulis yang lengkap.
- Memakai pakaian seragam sekolah.
- Memastikan diri sihat dan tidak bergejala.
- Jangan lupa bawa dan sentiasa memakai pelindung muka mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
FORMAT UJIAN PKSK 2024
Format ujian PKSK atau format soalan PKSK terdapat 3 komponen iaitu :
CONTOH FORMAT UJIAN PKSK 2024
- Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) – 20%
- Bahagian B : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) -70%
- Bahagian C : Artikulasi Penulisan – 10%
- Bahagian A akan dilakukan secara ONLINE GUNA FORMAT OBJEKTIF ANEKA PILIHAN (MCQ), JENIS SOALAN ADALAH EQ, SQ, SSQ DAN WAJARAN SKOR ADALAH 20%.
- Bahagian B pula juga secara ONLINE MENGGUNAKAN FORMAT OBJEKTIF ANEKA PILIHAN (MCQ), JENIS SOALAN IQ, PENGETAHUAN AM SERTA PENYELESAIAN MASALAH DAN WAJARAN SKOR 70%.
- Bahagian C akan dilaksanakan secara BERSEMUKA MENGGUNAKAN FORMAT BERTULIS, TAJUK SOALAN AKAN DITETAPKAN DAN WAJARAN SKOR IALAH 10%.
- Pelaksanaan ujian PKSK akan dibahagikan kepada 2 fasa. Fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi calon Tingkatan 1 dan 250 patah perkataan bagi calon Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberi.
- Manakala, Fasa 2 calon perlu menjawab Bahagian A dan B secara dalam talian di pusat pentaksiran dalam masa 90 minit.
TIPS JAWAB SOALAN PKSK 2024
Sebagai membantu calon membuat persiapan, disediakan tips-tips am bagi menjawab soalan-soalan penilaian PKSK seperti berikut:
- Bahagian A: Kecerdasan Insaniah (SQ, EQ dan SSQ): Calon hendaklah memilih jawapan yang paling positif mengikut nilai-nilai murni kehidupan untuk mendapatkan markah yang tinggi.
- Bahagian B: IQ, Penyelesaian Masalah: Calon perlu memberikan jawapan yang paling tepat dan betul untuk setiap soalan.
- Bahagian B: Pengetahuan Am: Calon haruslah merujuk buku teks Sejarah tahun 6 serta Tingkatan 3 dan membaca akhbar atau menonton berita untuk mengetahui isu-isu semasa.
APA ITU EQ, SQ, SSQ dan IQ UJIAN PKSK 2024
- EQ – Emotional Intelligence bermaksud Kecerdasan emosi bagi mengenalpasti, menggunakan, memahami serta menguruskan emosi ke arah yang lebih positif
- SQ – Spiritual Quotient bermaksud Kecerdasan bagi mengukur kemampuan rohani individu iaitu kepercayaan beragama, moral dan akhlak
- SSQ – Social Skills Quotient bermaksud Kecerdasan bagi mengukur kemampuan jiwa dalam menangani kehidupan seharian
- IQ – Intellectual Quotient bermaksud Kecerdasan bagi mengukur kemampuan intelektual, rasional dan logik serta penyelesaian masalah (matematik)
CONTOH SOALAN & JAWAPAN UJIAN PKSK 2024
CONTOH SOALAN & JAWAPAN BAHAGIAN A (SQ, EQ, SSQ) UJIAN PKSK 2024
- Soalan: Kalau tak sesuai duduk di asrama, nak buat apa?
- Jawapan: Minta nasihat guru dan ibu bapa dan berikan sebab mengapa tak sesuai
- Soalan: Kalau rindu ibu bapa apa perlu buat?
- Jawapan: Telefon, tulis surat, hantar mesej
- Soalan: Kalau sepak bola terkena tingkap, apa tindakan anda?
- Jawapan: Meminta maaf dan mengakui kesilapan anda
- Soalan: Anda melihat seseorang kerap bersin, apakah tindakan yang perlu anda buat?
- Jawapan: Jauhkan diri dan pakai pelitup hidung dan mulut
- Soalan: Kawan-kawan tak suka dengar ceramah, apa tindakan anda
- Jawapan: Nasihati kawan dengan baik dan cerita faedah ceramah tersebut kepada kita
- Soalan: Kalau kawan bergaduh apa tindakan anda?
- Jawapan: Memberi nasihat dengan baik-baik dan beritahu guru displin
- Soalan: Apakah tindakan jika dibuli kawan
- Jawapan: Membuat aduan kepada guru kelas, dan ibubapa
- Soalan: Apakahtindakan jika rakan facebook ajak temujanji
- Jawapan: Menolak dengan baik dan ceritakan pada ibubapa
- Soalan: Kalau bising, ketua kelas dan murid kena buat apa?
- Jawapan: Ketua kelas beri arahan suruh senyap, duduk di tempat masing-masing. Murid pula kena beri kerjasama dengan berhenti buat bising
- Soalan: Tindakan jika adik koyakkan kerja sekolah anda
- Jawapan: Nasihatkan adik dengan cara lembut dan beritahu ibubapa
BAHAGIAN B IQ DAN PENGETAHUAN AM
- Soalan: Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 10?
- Jawapan: YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Soalan: Apakah nama ibu negara Malaysia
- Jawapan: Kuala Lumpur
- Soalan: Apakah tema Hari Kebangsaan 2022?
- Jawapan: Malaysia Madani
- Soalan: Siapakah pengasas facebook
- Jawapan: Mark Zuckerberg
- Soalan: Adat perpatih negeri mana
- Jawapan: Negeri Sembilan
- Soalan: Kereta wira, persona, perdana, X50, X70, Preve, waja, Exora, Iriz, Aruz adalah produk keluaran?
- Jawapan: Proton
- Soalan: Wau dari negeri mana?
- Jawapan: Kelantan
- Soalan: Wabak Covid 19 mula dikesan di mana?
- Jawapan: Negara China
- Soalan: Bilakah Tarikh penubuhan Malaysia
- Jawapan: 16 September 1963
- Soalan: Orang yang pertama menjejakkan kaki ke angkasa lepas
- Jawapan: Neil Amstrong
- Soalan: Apakah nama tasik yang terkenal di Terengganu?
- Jawapan: Tasik Kenyir
- Soalan: Siapa pencipta jalur gemilang
- Jawapan: Allahyarham Mohamed bin Hamzah
- Soalan: Labu sayong asal dari negeri mana?
- Jawapan: Perak
- Soalan: Namakan bapa pemodenan Malaysia
- Jawapan: Dr. Mahathir Mohamad
- Soalan: Apakah aktiviti yang terlibat dalam Le Tour De Langkawi
- Jawapan: Sukan berbasikal
- Soalan: Siapakah pengasas Apple?
- Jawapan: Steve Jobs
- Soalan: Apakah video dihasilkan Sugu Pavithra?
- Jawapan: video masakan
- Soalan: Huraikan tentang fotosintesis
- Jawapan: Proses tumbuhan membuat makanannya sendiri melalui air, klorofil, karbon dioksida dan cahaya matahari.
- Soalan: Muzik dan lagu untuk negeri, contohnya Dondang Sayang
- Jawapan: Negeri Melaka
- Soalan: Gelaran buat jaguh lumba basikal negara
- Jawapan: The rocket pocketman
- Soalan: Nama pemain bolasepak Spanyol
- Jawapan: Nacho, Sergio Ramos
- Soalan: Kaum terbesar di Sabah?
- Jawapan: Kaum Kadazan dusun
- Soalan: Pulau Pangkor terletak di mana?
- Jawapan: Perak
- Soalan: Nama Bendera Malaysia?
- Jawapan: Jalur Gemilang
BAHAGIAN B PENYELESAIAN MASALAH
Untuk soalan Bahagian B Penyelasaian Masalah, ianya diramalkan akan mengikut silibus Tahao 2 iaitu Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 6 bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Calon disarankan membuat latihan soalan KBAT bagi semua subjek tersebut sebagai persiapan sebelum mengambil penilaian PKSK.
BAHAGIAN C ARTIKULASI PENULISAN
Bagi soalan Artikulasi Penulisan Ujian PKSK ianya adalah ujian penulisan esei atau karangan dalam Bahasa Melayu. Para calon dinasihatkan membuat latihan penulisan Bahasa Melayu sebagaimana persediaan untuk peperiksaan UPSR. Antara topik yang diramalkan boleh menjadi tajuk dalam ujian Artikulasi Penulisan PKSK adalah:
- Apakah wabak COVID-19 dan bagaimana cara untuk menghindari wabak tersebut?
- Ceritakan pengalaman ataupun aktiviti semasa pelaksanan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)
- Apakah tindakan atau langkah yang perlu anda lakukan apabila melawat sesebuah tempat dalam tempoh PKP Pemulihan ini?
- Ceritakan pengalaman anda belajar secara dalam talian sepanjang tempoh pkp dijalankan dimana sekolah ditutup.
- Adakah anda selesa dengan norma baharu COVID-19 dan bagaiman anda menyesuaikan diri dengan norma tersebut?
TARIKH SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KHUSUS 2024
Anda boleh mula check status keputusan permohonan Sekolah Khusus KPM bermula pada 1 Mac 2024.
SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KHUSUS 2024
Pemohon boleh lakukan semakan status permohonan Sekolah Khusus 2024/2025 di portal rasmi KPM
- Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/semakan_sbpt1/
- Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/semakan_sbpt4/
SOALAN LAZIM (FAQ) SEKOLAH KHUSUS & PKSK
Merupakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) di bawah Kementerian Pertahanan.
Dilakukan secara online di portal rasmi yang disediakan oleh Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya, anda mempunyai soalan dan pertanyaan perkara yang tersebut, anda boleh ajukan kepada pihak yang berwajib:
Emel Bantuan Sekolah Khusus : permohonan.skhusus@moe.gov.my.
ARTIKEL LAIN