BANTUAN 300 PENJAWAT AWAM 2023 : TARIKH PEMBAYARAN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BANTUAN 300 PENJAWAT AWAM 2023 : TARIKH PEMBAYARAN

Pada 27 Julai 2023, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam & Pesara ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI.

TELEGRAM CHANNEL BANTUAN PENJAWAT AWAM MALAYSIA

Kerajaan terus komited untuk menyelaraskan gaji penjawat awam, bergantung kepada kemampuan kewangan. Sementara ia diperincikan, Kerajaan menyediakan Bantuan Khas Penghargaan untuk Penjawat Awam dan Pesara.

Permulaan ini diharap akan menyuntik semangat untuk memberikan perkhidmatan terbaik sekali gus melaksanakan pembaharuan Ekonomi Madani.

Bilakah tarikh bayaran bantuan 300 penjawat awam 2023? Kenyataan lebih terperinci di sini.

APA ITU BANTUAN BKP

Bantuan BKP adalah bantuan yang diberikan kepada penjawat awam dan juga pesara kerajaan Malaysia untuk menghargai jasa dan bakti serta pengorbanan pekerja kerajaan dan pekerja pencen dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada seluruh rakyat.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM 2023

BANTUAN 300 PENJAWAT AWAM

Kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Bantuan BKP 2023 sebanyak RM200 pula diberikan kepada:

  • Pesara kerajaan
  • Pesara berpencen
  • Penerima pencen terbitan
  • Pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Pesara bersara pilihan
  • Belum menerima pencen
  • Veteran berpencen
  • Veteran tidak berpencen

Bantuan Khas Penjawat Awam 2023 ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara itu akan diberikan dalam tempoh dua minggu dan sebagai permulaan sementara menunggu proses pelarasan gaji dan elaun penjawat awam selesai diperincikan.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN 300 PENJAWAT AWAM 2023

Tarikh bayaran bantuan Pesara Kerajaan dan Penjawat Awam seperti yang dinyatakan dalam poster di bawah akan menerima Bantuan Khas Penghargaan Tahun 2023 pada 10 Ogos 2023 (Khamis), sejumlah RM200 dan RM300 masing-masing.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN 300 PENJAWAT AWAM 2023

Lampiran rujukan SURAT EDARAN JPA.800-3/2/4(33) berkaitan Bantuan BKP 2023 : https://www.jpa.gov.my/surat-edaran/tahun-2023/3091-bantuan-khas-penghargaan-penjawat-awam-dan-pesara-kerajaan-tahun-2023.

Apakah Bantuan Khas Penjawat Awam?

Merupakan bantuan khas penghargaan dalam bentuk tunai yang akan disalurkan kepada penerima pada tarikh yang telah diumumkan pihak kerajaan Malaysia.

Bilakah tarikh bayaran bantuan 300 penjawat awam 2023?

Pada 10 Ogos 2023.

Siapakah akan menerima Bantuan BKP?

Mereka yang berkhidmat sebagai penjawat awam Malaysia dan juga pesara.

ARTIKEL BERKAITAN

Leave a Comment