SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN E KASIH : 2023 SEMAKAN (SARA RAHMAH)

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN E KASIH : 2023 SEMAKAN (SARA RAHMAH)

Sebagaimana yang telah dimaklumkan bahawasanya pihak kerajaan Malaysia telah memberi bantuan tambahan 2023 kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bantuan tambahan yang diberikan ini bertujuan untuk meringankan lagi bebanan serta menangani masalah kos sara hidup yang semakin meningkat saban hari ini.

Bantuan ini dikenali sebagai Bantuan e Kasih atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Bagaimanakah semakan senarai nama penerima bantuan e-kasih 2023? Siapakah yang layak buat permohonan? Ikuti penerangan lanjut di sini.

APA ITU BANTUAN E-KASIH

Bantuan e-Kasih merupakan tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berkelayakan bagi bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar. Golongan miskin tegar ini dirujuk berdasakan pengkalan data dari eKasih.

APA ITU E KASIH

eKasih ialah sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh Kementerian/Agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.

SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON BANTUAN E-KASIH

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini layak dimohon oleh penerima isi rumah yang telah dikenal pasti yang berada dalam kategori miskin tegar melalui pangkalan data e-Kasih. Berikut adalah syarat kelayakan permohonan bantuan ekasih:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023.

CARA SEMAKAN STATUS MISKIN TEGAR MALAYSIA

Untuk makluman anda, kategori miskin tegar di Malaysia diukur berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). PGK ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) setiap dua (2) tahun sekali. PGK semasa (tahun 2019) adalah seperti jadual berikut :

Di bawah merupakan jadual dari Portal Pembasmian Kemiskinan yang dilampirkan untuk anda semak status kelayakan kategori miskin tegar Malaysia :

kategori miskin tegar ekasih

JUMLAH BAYARAN BANTUAN E-KASIH 2023

Pembayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2023 adalah RM600 akan diterima oleh penerima kategori miskin tegar.

KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN EKASIH 2023

Bantuan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.

TARIKH BAYARAN BANTUAN E-KASIH 2023

Berikut adalah jadual tarikh pembayaran bantuan e-kasih RM600 2023 :

BANTUAN e-KASIH FASATARIKH BAYARAN BANTUAN e-KASIH 2023
Fasa 1Julai
Fasa 2Ogos
Fasa 3September
Fasa 4Oktober
Fasa 5November
Fasa 6Disember

SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN E-KASIH 2023

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN E KASIH

Ini adalah cara semak status senarai penerima bantuan e-Kasih 2023 :

  1. Klik link Rasmi Semakan Bantuan e-Kasih 2023 : DI SINI.
  2. Anda akan dibawa ke laman Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
  4. Kemudian, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej.
  5. Tekan [Semak Status].
  6. Sekiranya layak menerima bantuan ini, status akan dipaparkan.
  7. Selesai.
Apakah bantuan e-Kasih?

Ia adalah bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 dalam kategori miskin tegar.

Bagaimana cara semak senarai nama penerima bantuan Sara RM600?

Anda boleh check status di laman sesawang My Kasih. Nama penerima akan dipaparkan di portal tersebut.

Macam mana nak buat permohonan bantuan e-kasih 2023?

Pemohon boleh memohon melalui panduan yang dikongsikan di sini. Penerima bantuan ini hanya kepada pemohon yang telah berdaftar dengan pangkalan data kategori miskin tegar Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN

5 thoughts on “SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN E KASIH : 2023 SEMAKAN (SARA RAHMAH)”

  1. Askum…sye nur ayunni asal kelantan tanah merah ingin mngadu sejak 7thun staf ekasih dtang rumh untk cek bertnya kbar berita dapt bntuan ape2 kea..tidak pernah skli dpat….sye betul2 memerlukan bntuan….patutkah sye mngadu pihak atsan…

    Reply
  2. Assalamualaikum saya nak tanya saya tersenarai dlm ekasih tapi bila saya cek sara rekod tak ditemui .tolong cek saya tak tahu.terimakasih diatas perhatian.

    Reply
  3. Saya dalam senarai eKasih tapi tak pernah dapat bantuan seperti SARA atau mana2 bantuan selain STR..tolong cek..sangat2 perlukan bantuan dari kerajaan da ni..kami sangat2 susah.. terima kasih

    Reply

Leave a Comment