BANTUAN STR 2024 : PERMOHONAN & SEMAKAN
Menerusi pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri Malaysia dan kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2024. Disamping itu juga, kadar bantuan telah dinaikkan sebanyak 2 billion ringgit atau 25 peratus.
9 juta penerima atau 60 peratus dari penduduk dewasa Malaysia akan menerima manfaat tersebut.
Bagaimanakah permohonan dan semakan bantuan str 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAK : CHECK STATUS
TARIKH PERMOHONAN STR 2024
Tarikh permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024 akan mula dibuka mulai November 2023 dan permohonan dibuka sepanjang tahun berbanding sebelum ini hanya dibuka sekali sahaja setahun.
JUMLAH BAYARAN STR 2024
Berikut merupakan jumlah penuh bayaran Sumbangan Asas Rahmah (STR) bagi tahun 2024 mengikut kategori yang ditetapkan, seperti di bawah :
KATEGORI | JUMLAH BAYARAN | BILANGAN PENERIMA |
Isi Rumah berpendapatan bawah RM2,500 | RM1,300 hingga RM2,800 (Mengikut bilangan anak) | 3.1 juta |
Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | RM800 hingga RM1,550 (Mengikut bilangan anak) | 1.0 juta |
Warga Emas tiada pasangan | RM600 | 1.3 juta |
Bujang berpendapatan RM2,500 kebawah | RM500 | 3.3 juta |
TARIKH BAYARAN STR 2024 FASA 1
Tarikh bayaran Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 dijangka akan disalurkan pada sebelum bulan Ramadan iaitu pada bulan Februari 2024.
BANTUAN STR 2024
CARA PERMOHONAN BANTUAN STR 2024
Terdapat dua (2) cara permohonan seperti berikut :
- Permohonan atas talian (Online)
- Melalui Portal Rasmi STR LHDNM di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/; atau
- Muat turun Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah di Play store / Apps Store dalam telefon bimbit anda.
- Permohonan di LHDNM
- Muat turun borang permohonan di sini; atau dapatkan borang permohonan di kaunter LHDNM (selepas diumumkan tarikh permohonan dibuka)
- Selepas selesai mengisi semua maklumat dengan lengkap dan tepat, anda dikehendaki menghantar borang tersebut di kaunter LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan anda; atau
- Penghantaran secara pos (terhad kepada borang permohonan yang diterima).
- *Penghantaran secara Faks dan e-mel adalah TIDAK DITERIMA.
CARA SEMAKAN STR 2024
Untuk mengetahui cara semakan bantuan STR 2024 secara online, anda boleh rujuk di sini : https://kerajaanonline.com/semakan-str/.
RUJUKAN
Jika anda mempunyai soalan dan pertanyaan, sila ajukan kepada pihak yang berwajib di bawah ini atau kunjungi kaunter LHDN yang berdekatan dengan anda.
- Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747.
- Hotline STR MoF : 03-8882 4565/4566.
- E-mel : str@treasury.gov.my.