SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAK 2023 : CHECK STATUS
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi. Justeru bantuan ini diperkenalkan untuk membantu rakyat membeli barangan keperluan asas.
Bagaimanakan cara semak sumbangan asas rahmah 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN RM100 MYKAD : CHECK STATUS
APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Ia adalah bantuan wang tambahan kepada rakyat dikategori golongan miskin tegar untuk membeli barangan keperluan asas yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima sebanyak RM100 setiap bulan selama 6 bulan pada tahun 2023.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023.
SENARAI BARANGAN KEPERLUAN
Berikut merupakan 10 barangan keperluan asas yang boleh dibeli menggunakan bantuan ini, seperti :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak Masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mee segera.
- Minuman.
- Makanan dalam tin.
- Bahan perasa.
SENARAI KEDAI TERPILIH
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini hanya sah di kedai-kedai runcit dan pasaraya terpilih sahaja. Untuk mengetahui senarai kedai terpilih, anda boleh rujuk di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx?lang.
SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAK
CARA SEMAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2023 ONLINE.
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih.
- Kemudian, klik pada butang [SEMAK STATUS] di halaman utama portal.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda tanpa (-). Contoht : 85XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik pada butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan sama ada lulus atau tidak atau tiada rekod.
- Selesai.
LANGKAH PEMBELIAN
- Pilih barangan yang anda perlukan di kedai runcit/ pasaraya terpilih berdekatan dan pilih mengikut 10 kategori barangan yang diberikan.
- Setelah selesai memilih barang, pergi ke kaunter pembayaran.
- Kemudian, nyatakan kepada juruwang bahawa anda ingin membayar menggunakan MySARA dengan menggunakan MyKad anda.
- Jumlah pembelian anda akan ditolak dari baki MyKad anda.
- Dapatkan resit pembelian dari juruwang yang tertulis baki.
RUJUKAN
Sila rujuk pihak berwajib di sini sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan : https://www.mykasih.com.my/contact-us/