SEMAKAN BANTUAN RM100 MYKAD 2023 : CHECK STATUS
Kerajaan telah memlancarkan bantuan wang tambahan kepada golongan miskin tegar di Malaysia mengikut data eKasih iaitu dengan memberikan bantuan RM100 yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima.
Dengan adanya bantuan ini dapat membantu rakyat meringankan beban untuk membeli keperluan asas.
Bagaimanakah cara semakan bantuan RM100 mykad 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : LINK KWSP PENGELUARAN KHAS : PERMOHONAN
APA ITU BANTUAN RM100 MYKAD
Bantuan ini merupakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat membeli barangan keperluan asas di kedai runcit atau pasaraya yang diiktiraf dengan menggunakan myKad sahaja. Bantuan ini akan dikreditkan setiap bulan selama 6 bulan pada tahun 2023.
JUMLAH BANTUAN
Berikut merupakan jumlah bayaran bantuan yang akan dikreditkan kepada lebih 10 juta penerima miskin tegar di Malaysia :
TARIKH KREDIT | JUMLAH BAYARAN |
BULAN 7/2023 | RM100 |
BULAN 8/2023 | RM100 |
BULAN 9/2023 | RM100 |
BULAN 10/2023 | RM100 |
BULAN 11/2023 | RM100 |
BULAN 12/2023 | RM100 |
10 KATEGORI KEPERLUAN ASAS
Untuk mengetahui 10 kategori barangan keperluan asas yang boleh di beli dengan menggunakan bantuan RM100 MyKad, anda boleh rujuk di sini : https://www.mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.
CARA PEMBELIAN
Berikut merupakan cara untuk membeli barang keperluan dengan menggunakan bantuan RM100 MyKad :
- Pilih barangan keperluan berdasarkan 10 kategori seperti di atas yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk Mykad kepada juruwang untuk menyemak pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas kod barangan yang dipilih.
- Bayaran adalah menggunakan Mykad (masukkan 6 digit Nombor Pin anda).
- Simpan resit selepas pembelian untuk menyemak transaksi pembelian.
SENARAI KEDAI TERPILIH
Sila rujuk di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx?lang
SEMAKAN BANTUAN RM100 MYKAD
CARA SEMAKAN BANTUAN RM100 MYKAD 2023 ONLINE.
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Kemudian, klik pada [Sumbangan Asas Rahmah(SARA)] [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda tanpa (-). Contoht : 85XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik pada butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan sama ada lulus atau tidak atau tiada rekod.
- Selesai.
RUJUKAN
Untuk sebarang pertanyaan atau soalan boleh diajukan kepada pihak berwajib di Portal MyKasih di atas. Pihak kami hanya memberikan informasi berkaitan sahaja untuk memudahkan carian anda.