LINK KWSP PENGELUARAN KHAS 2023 : PERMOHONAN
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan beberapa jenis pengeluaran antaranya ialah i-Citra dan i-Sinar untuk membolehkan semua pencarum membuat pengeluaran daripada duit simpanan EPF mengikut syarat yang ditetapkan oleh pihak EPF.
Tahukah anda bahawa pencarum dibenarkan melakukan pengeluaran duit KWSP dari akaun 1 untuk kegunaan peribadi anda sendiri dan juga mengeluarkan duit EPF untuk kegunaan sendiri dari akaun 2.
Apakah link permohonan pengeluaran khas kwsp 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN RM100 SETIAP BULAN : PERMOHONAN & SEMAKAN
JENIS PENGELUARAN KWSP
Berikut terdapat dua (2) jenis pengeluaran KWSP seperti di bawah :
- PENGELUARAN SEBAHAGIAN (pengeluaran dari akaun 2)
- Untuk umur 50 tahun.
- Untuk Bina Rumah.
- Untuk meningkatkan had kelayakan pinjaman.
- Untuk menampung perbelanjaan Perubatan dan/atau peralatan perubatan.
- Untuk pembiayaan Pendidikan sendiri atau anak-anak.
- Untuk mengurangkan/menyelesaikan baki pinjaman perumahan.
- Untuk membeli Rumah PR1MA.
- Untuk Membeli Rumah.
- Untuk membayar ansuran pinjaman perumahan.
- Untuk Mengerjakan ibadah Haji.
- Simpanan melebihi 1 juta.
- PENGELUARAN PENUH
- Umur 55 tahun.
- Hilang upaya secara fizikal dan mental.
- Akaun Emas umur 60 tahun.
- Meninggalkan negara.
- Ahli yang berkhidmat di sektor Awam berstatus pekerja berpencen.
- Apabila ahli meninggal dunia (Pengeluaran Kematian)
SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN
Selari dengan polisi KWSP yang sedia ada untuk memudahkan pencarum bersedia menghadapi hari persaraan yang lebih selesa, KWSP telah membenarkan pencarum untuk membuat pengeluaran sebahagian atau penuh dari simpanan yang ada untuk memenuhi keperluan tertentu seperti di atas.
Syarat kelayakan bagi setiap pengeluaran yang anda ingin lakukan adalah berbeza. Sila rujuk pautan di sini untuk mengetahui syarat kelayakan anda untuk pengeluaran tertentu : https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals.
LINK KWSP PENGELUARAN KHAS
CARA PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2023 SECARA ONLINE.
- Sila layari Portal Rasmi KWSP di sini : https://www.kwsp.gov.my/home.
- Kemudian, klik pada [MEMBER] dan pilih [WITHDRAWALS].
- Seterusnya, pilih Pengeluaran yang anda inginkan sama ada [Pengeluaran Sebahagian] atau [Pengeluaran Penuh].
- Pilih jenis Pengeluaran yang anda inginkan : contoh [Pengeluaran Pendidikan].
- Kemudian, scroll ke bawah dan klik pada butang [WITHDRAW VIA i-AKAUN].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan di ruangan [User ID].
- Klik [Next].
- Masukkan Kata Laluan anda dengan betul dan tekan [Login].
- Anda akan dipaparkan Laman Utama i-Akaun KWSP.
- Seterusnya, klik pada [WITHDRAWAL] di menu di atas.
- Tekan butang [New Application].
- Baca dengan teliti langkah yang diberikan dan lakukan mengikut langkah tersebut.
- Pilih [Choose One] di ruangan Withdrawal Type.
- Pilih pengeluaran yang anda ingin buat sama ada untuk KESIHATAN/HEALTH, BELI/BINA RUMAH/BUILD HOUSE, KURANG/TEBUS PINJAMAN RUMAH/REDUCE/REDEEM HOUSING LOAN, PENDIDIKAN/EDUCATION/BAYARAN PINJAMAN RUMAH BULANAN/HOUSING LOAN MONTHLY INSTALLMENT/SIMPANAN MELEBIHI 1 JUTA/SAVINGS OF MORE THAN RM1MIL.
- Isikan semua butiran maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan [Next].
- Semak/Check semua Butiran yang diisi adalah benar dan lengkap.
- Kemudian [Request TAC] dan masukkan Nombor TAC yang dihantar ke telefon bimbit anda di ruangan yang disediakan.
- Tekan [Submit].
- Permohonan Pengeluaran KWSP/EPF anda akan diproses.
- Klik [Print] untuk Simpan/Save Permohonan anda untuk tujuan rujukan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya memberikan informasi sahaja. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, sila ajukan kepada pihak berwajib di sini : https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry.
Umur 59 tahun boleh keluar setengah sekira memerlukan
Ini X payah Kasi jelas mmg rakyat tahu… Rakyat semua mahu Tampa syarat faham x
Ya setuju,bkn tambah hutang lg..
Yg minta bersasar bkn bersakau
Lg bayar utang kt bank bertambh utang!apa nk jd ngan rakyat yg sdg derita ni? kerajaan yg x berprihatin berprihatin lngsng!car alon