BANTUAN RM100 SETIAP BULAN 2024 : PERMOHONAN & SEMAKAN
Mulai tahun hadapan (2024) kerajaan telah mengumumkan dalam belanjawan 2024 yang dibentangkan pada jumaat lalu, semua rakyat yang berkelayakan menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mengikut data e-Kasih dan JKM.
Bagaimanakah permohonan dan semakan bantuan rm100 setiap bulan 2024?Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN EWALLET RM100 : SEMAKAN
APA ITU BANTUAN RM100 SETIAP BULAN
Sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk membantu golongan miskin tegar di Malaysia dengan memberikan sokongan kewangan tambahan RM100 setiap bulan yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima untuk membeli barangan keperluan asas di kedai atau pasaraya yang terpilih.
KADAR BAYARAN
Berikut merupakan kadar bayaran bantuan yang akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima (tarikh bayaran akan diumumkan secara rasmi nanti) :
BULAN | KADAR PEMBAYARAN |
JANUARI 2024 | RM100 |
FEBRUARI 2024 | RM100 |
MARCH 2024 | RM100 |
APRIL 2024 | RM100 |
MEI 2024 | RM100 |
JUN 2024 | RM100 |
JULAI 2024 | RM100 |
OGOS 2024 | RM100 |
SEPTEMBER 2024 | RM100 |
OKTOBER 2024 | RM100 |
NOVEMBER 2024 | RM100 |
DISEMBER 2024 | RM100 |
NOTA : Setiap baki pembelian pada bulan lalu tidak akan dibawa ke bulan seterusnya.
SENARAI BARANGAN BANTUAN RM100
Berikut merupakan 10 kategori barangan keperluan yang boleh dibeli :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak Masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mee segera.
- Minuman.
- Makanan dalam tin.
- Bahan perasa.
*Untuk info lanjut jenama yang diluluskan dalam 10 kategori di atas, boleh lihat di sini : https://www.mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.
LANGKAH PEMBELIAN
Ikuti langkah pembelian menggunakan bantuan RM100 seperti berikut :
- Pilih barangan keperluan berdasarkan 10 kategori seperti di atas yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk Mykad kepada juruwang untuk menyemak pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas kod barangan yang dipilih.
- Bayaran adalah menggunakan Mykad (masukkan 6 digit Nombor Pin anda).
- Simpan resit selepas pembelian untuk menyemak transaksi pembelian.
BANTUAN RM100 SETIAP BULAN
CARA SEMAKAN STATUS BANTUAN RM100 SETIAP BULAN 2024 SECARA ONLINE.
- Layari pautan Rasmi MyKasih di sini: https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=.
- Anda akan dipaparkan pada ruangan (Semakan Status).
- Sila Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) di ruang [Nombor Mykad].
- Masukkan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik pada butang [Semak Status].
- Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada lulus atau tidak atau tiada rekod.
- Selesai.
CARA PERMOHONAN RM100 SETIAP BULAN
Berdasarkan kenyataan pada soalan lazim di Portal Rasmi Mykasih, anda tidak perlu mengemukakan permohonan kerana kelayakan menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah penerima STR (berstatus lulus STR sahaja) yang telah disemak silang dengan data Miskin Tegar eKasih; atau sekiranya anda tidak pernah membuat permohonan MyKasih, anda boleh ikuti cara permohonan lengkap di pautan di bawah :
MY KASIH REGISTER : PERMOHONAN BARU DAN SEMAKAN E-KASIH ONLINE.
RUJUKAN
Pihak kami hanya memberikan informasi berkaitan di atas sahaja untuk memudahkan carian. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan, boleh diajukan kepada pihak berwajib di sini : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.