SEMAKAN STR : (FASA 4 2023) CARA CHECK STATUS ONLINE BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Untuk makluman penerima bantuan tunai kerajaan Malaysia, kini boleh buat semakan bayaran secara online di portal rasmi mystr.
STR 2023 ialah program bantuan secara tunai yang diberikan oleh pihak kerajaan Malaysia kepada golongan b40 mengikut kategori yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Bagaimanakah cara semakan str 2023 secara online? Info lanjut di sini.
Baca juga : CARA CHECK STATUS STR
Untuk mendapatkan maklumat awal berkenaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4, sila masuk ke Telegram Rasmi Info Sumbangan Tunai Rahmah 2023 di sini : https://t.me/sumbangantunairahmah.
CARA SEMAKAN STR
PANDUAN LENGKAP CARA SEMAKAN STR 2023 SECARA ONLINE (FASA 4).
- Pergi ke pautan rasmi Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama MySTR akan dipaparkan.
- Pergi ke sebelah kanan paparan skrin, sila log masuk.
- Isi No MyKad.
- Tekan butang [Log Masuk].
- Paparan skrin akan menunjukkan laman Semak Status.
- Tekan butang [Semak].
- Paparan skrin akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.
- Tekan butang [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan milik anda.
- Masukkan [Kata Laluan].
- Tekan butang [Log Masuk].
- Jika berjaya login mySTR, anda dapat lihat beberapa menu yang disediakan.
1. Semakan
2. Kemaskini
3. Tukar Kata Laluan
4. Maklum Balas - Tekan menu [Semakan] untuk check status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah.
- Maklumat status dan maklumat bayaran akan dipaparkan.
- Selesai.
CHECK STATUS ONLINE BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Pemohon dan penerima bantuan STR 2023 disarankan check status bayaran secara online untuk mengelakkan kesesakan berlaku di kaunter LHDN.
LUPA KATA LALUAN STR
Jika anda terlupa atau hilang kata laluan untuk login portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, ikuti panduan reset semula kata laluan di bawah ini :
- Pergi ke portal rasmi STR.
- Lihat sebelah kiri paparan skrin anda terdapat bahagian Log Masuk MySTR.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
- Klik [Log Masuk].
- Sekarang anda berada di halaman Semak Status.
- Untuk reset atau dapatkan balik kata laluan, sila lihat dibawah butang [Semak], terdapat butang [TERLUPA KATA LALUAN].
- Klik butang tersebut.
- Skrin akan tunjukkan bahagian Soalan Keselamatan.
- Klik [Semak].
- Jawab soalan keselamatan dengan jawapan yang betul.
- Anda akan diberikan password baru di e-mel pendaftaran STR anda.
- Ubah kata laluan tersebut.
- Selesai.
STATUS GAGAL KREDIT
Sekiranya semakan status penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah menunjukkan gagal kredit, sila buat penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan. Panduan lengkap penunaian duit STR di BSN boleh rujuk di sini : CARA TEBUS STR DI BSN.
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda mempunyai soalan dan pertanyaan, sila ajukan kepada pihak yang berwajib di bawah ini atau kunjungi kaunter LHDN yang berdekatan dengan anda.
- Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747
- Hotline STR MoF : 03-8882 4565/4566
- Talian Bantuan Khas Kerajaan LHDNM
- E-mel : str@treasury.gov.my.
Tolong hantar status emil lam dan paswoad no.pin lama hantar ke emil baru
Email baru:surianisuya30@gmail.com