CARA BELI SETEM HASIL ONLINE
Pembayaran duit setem hasil LHDN kini lebih mudah dengan menggunakan sistem dalam talian (online) yang dikenali sebagai STAMPS.
STAMPS merupakan singkatan atau akronim bagi “Stamp Assessment And Payment System” atau Sistem Taksiran dan Pembayaran Duti Setem.
STAMPS bukanlah baru sebenarnya kerana telah diperkenalkan oleh pihak LHDN untuk urusan pembayaran duti setem sejak tahun 2012 lagi.
BACA JUGA : PERMOHONAN PAKEJ 5G RAHMAH : CARA BELI TELEFON RM120 B40
APAKAH SISTEM STAMPS LHDN
Walaupun sistem STAMPS ini telah diwujudkan pada awal tahun 2012, namun pada peringkat awal pengenalannya, sistem ini khas untuk kegunaan sesetengah pihak sahaja antaranya syarikat, perbankkan, firma guaman, agensi dan perniagaan yang berdaftar sahaja.
Namun, bermula 1 Julai 2021, sistem STAMPS ini boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh orang awam untuk semua urusan taksiran dan bayaran duti setem.
Penggunaan STAMPS ini adalah bagi menggantikan Sistem Frangki Digital 2.0 (DFS 2.0) yang digunakan sebelum ini di semua Pejabat Setem Cawangan (PSC), Pejabat Satelit, Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).
STAMPS merupakan perkhidmatan dalam talian yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa asalkan anda mempunyai sambungan internet.
Pengguna boleh melakukan urusan taksiran dan bayaran duti setem sebaik sahaja pendaftaran diluluskan oleh pihak LHDN.
Untuk mengelakkan sebarang masalah, pastikan pengguna mendaftarkan akaun mereka dengan betul sama ada sebagai Ejen STAMPS (Ejen) atau Individu STAMPS (Individu).
CARA BELI SETEM HASIL ONLINE
CARA MEMBELI SETEM HASIL 2023 ONLINE.
- Sila layari Portal Rasmi STAMPS : https://stamps.hasil.gov.my/stamps/.
- Klik [DAFTAR ID DI SINI].
- Kemudian pilih [INDIVIDU] atau [PENGGUNA SYARIKAT].
- Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
- Seterusnya klik [Hantar] maklumat permohonan.
- Hadir ke Kaunter LHDNM.
- Bayar duti dan terima sijil Setem.
- Selesai.
PENGGUNAAN STAMPS UNTUK URUSAN PENTAKSIRAN DAN DUTI SETEM
Walaupun STAMPS merupakan sistem dalam talian, pengguna berstatus Individu tetap masih perlu menghadirkan diri ke kaunter di pejabat LHDN.
Maklumat atau dokumen yang ingin di setemkan perlu diisi terlebih dahulu dalam STAMPS sebelum menghadirkan diri ke kaunter LHDN dengan membawa dokumen asal.
Maklumat yang dimasukkan dalam sistem STAMPS akan disimpan sebagai deraf dan hal ini akan mempercepatkan proses penyeteman dokumen.
RUJUKAN
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Pejabat Setem Negeri yang berdekatan dengan anda, atau emel kepada STAPMS (stamps@hasil.gov.my).