CARA BAYAR ASTRO ONLINE
Untuk pengetahuan anda, sebagai pengguna Astro anda boleh melakukan pembayaran dengan pelbagai cara salah satunya adalah online.
Dengan pembayaran secara online, anda tidak lagi perlu ke 7E ataupun Pejabat Pos hanya untuk membayar bil astro. Anda boleh lakukan secara atas talian sahaja.
Terlebih dahulu di bawah ini kami kongsikan kepada anda panduan lengkap pembayaran bil Astro secara online menggunakan JOMPAY. Dan diikuti dengan panduan lengkap bayaran secara online melalui bank pilihan anda.
Baca juga : Cara Semak Online dan SMS Keputusan Peperiksaan SPM/STPM/PT3
CARA BAYAR ASTRO GUNA JOMPAY
Panduan Lengkap Cara Bayar Astro Guna Jompay. Ini adalah cara untuk anda dapatkan nombor code Astro Jompay supaya anda boleh buat bayaran melalui online banking bank pilihan anda di bawah nanti.
- Layari lama web rasmi Jompay di pautan ini : https://www.jompay.com.my/find-biller-codes.aspx.
- Pada Paparan Utama Jompay, anda tekan “FIND BILLER CODE”.
- Selepas itu, anda taip Astro di ruangan “Type in something here”.
- Tekan Search.
- Lihat di bawah di bahagian Search Result, anda akan jumpa 9639 Astro.
- 9639 adalah Nombor Biller Code Astro untuk Jompay.
- Simpan Nombor tadi untuk teruskan bayaran di panduan di bawah ini.
- Sila pilih bank di bawah yang anda ingin gunakan untuk pembayaran.
CARA BAYAR ASTRO ONLINE
Ini adalah sambungan panduan cara bayar Astro guna Jompay. Selepas anda mendapatkan nombor code Jompay tadi sila ikuti panduan di bawah ini untuk teruskan cara bayar Astro online banking. Pastikan anda pilih bank yang anda ingin buat pembayaran.
CIMBCLICKS
- Layari laman web CIMBCLIKS di pautan ini : https://www.cimbclicks.com.my/.
- Tekan Login to Clicks.
- Masukkan User ID dan Password anda.
- Tekan Login.
- Pada paparan utama CIMBCLICKS, sila pilih dan tekan “Pay & Transfer” di sebelah kiri anda.
- Klik JomPAY.
- Sila isi di ruangan To dengan nombor 9639 iaitu code Jompay untuk Astro.
- Sila masukkan Nombor Reference 1 anda di ruangan Ref.1. Jika anda tidak tahu nombor reference anda, anda boleh lihat di Bil atau Surat dari Astro yang dihantar kepada anda. Lihat di bahagian bawah sekali sebelah kiri.
- Ruangan Ref.2 tidak perlu di isi.
- Masukkan Jumlah Bayaran yang anda ingin bayar di ruangan Enter Amount.
- Tick Yes di Term & Conditions.
- Tekan Make Payment.
- Request TAC dan masukkan TAC yang dihantar.
- Tekan Proceed to payment.
- Done.
- Pembayaran anda selesai.
- Anda akan menerima SMS daripada Astro yang menyatakan bayaran anda sudah diterima.
MAYBANK2U
- Layari laman web MAYBANK2U di pautan ini : https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do.
- Masukkan Username dan Password anda.
- Tekan Login.
- Di bahagian Paparan Utama ini, sila tekan “PAY & TRANSFER”.
- Untuk Pay From adalah dari akaun anda tidak perlu ubah.
- Di Pay To tekan Payee atau Jompay.
- Jika anda pilih Payee, taip Astro di ruangan New Payment.
- Sila masukkan Nombor Bil Akaun Astro anda.
- Tekan CONFIRM.
- Seterusnya, masukkan Jumlah Bayaran yang anda inginkan.
- Terdapat butang Set Recurring jika anda “ON” butang tersebut bermakna setiap bulan tarikh yang sama MAYBANK2U akan tolak secara auto ke ASTRO. Anda tidak perlu lagi buat secara manual.
- Kemudian, tekan PAY.
- Request TAC dan masukkan TAC yang dihantar.
- Tekan CONFIRM PAY.
- Selesai.
- Anda akan mendapat SMS daripada pihak Astro yang menyatakan pembayaran anda sudah diterima.
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda mempunyai sebarang persoalan dan pertanyaan boleh hubungi pihak berwajib di bawah ini.
Twitter : https://twitter.com/astroonline.
Facebook : https://www.facebook.com/Astro.
Hubungi Astro : https://www.astro.com.my/contactus.aspx.