WWW ESYARIAH GOV MY SEMAK STATUS PERKAHWINAN MELALUI IC

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

WWW ESYARIAH GOV MY SEMAK STATUS PERKAHWINAN

Untuk makluman anda yang ingin melangsungkan perkahwinan atau pun sedang merancang untuk melangsungkan pernikahan anda boleh membuat semakan status perkahwinan pasangan yang anda ingin berkahwin melalui kad pengenalan pasangan yang di check menerusi online.

Melalui semakan secara online ini, anda boleh mengetahui sama ada pasangan anda yang ingin bersama itu sebelum ini masih bujang atau sudah berkahwin ataupun sudah bercerai.

Sebelum anda berkahwin, anda mesti nak tahu serba sedikit latar belakang pasangan anda. Hal ini kerana, anda bakal memulakan hidup baru bersama pasangan anda, mesti anda ingin tahu tentang status yang sebenar bakal pasangan anda. Kini, anda boleh dapatkan maklumat untuk menyemak status perkahwinan pasangan anda melalui www.esyariah.gov.my semak status perkahwinan online.

Melalui semakan online ini anda akan dapat mengetahui status pasangan anda untuk mengelak daripada berlaku sebarang masalah yang timbul di kemudian hari. Contohnya banyak berlaku di luar sana pasangan tidak tahu status sebelum ini sama ada suami atau isteri orang dan hal ini akan menyebabkan berlakunya konflik kepada rumah tangga anda.

Jadi pihak kami nasihatkan kepada anda, jika anda ataupun family ataupun saudara mara yang ingin berkahwin sila buat semakan status perkahwinan terlebih dahulu supaya perkahwinan anda lebih harmoni dan bahagia ke jannah. Amin.

Di bawah ini pihak kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakan status perkahwinan hanya menggunakan ic pasangan menerusi online sahaja. Anda akan dapat tahu status sebenar hanya melalui www.esyariah.gov.my semak status perkahwinan.

WWW.ESYARIAH.GOV.MY SEMAK STATUS PERKAHWINAN

Ini adalah Panduan Lengkap Cara Semak Status Perkahwinan melalui Portal Rasmi ESyariah.

  1. Sila layari laman web rasmi ESyariah di pautan ini : http://www.esyariah.gov.my/.

  2. Di paparan utama sila Cari & Pilih ruangan SEMAK STATUS KES seperti gambar di bawah.

    semak status kahwin

  3. Untuk Carian Kes, sila Pilih Mal.

  4. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan pasangan anda yang ingin di semak.

  5. Pastikan anda isi Nombor Kad Pengenalan dengan sempang atau dash.

  6. Contohnya, 770803-14-XXXX.

  7. Klik Butang Cari.

  8. Hasil Semak Status Kes akan dipaparkan.

  9. Pastikan Butiran Maklumat Peribadi yang dipaparkan adalah pasangan anda.

  10. Di paparan ini anda akan mendapat maklumat status bakal pasangan anda untuk sebelum ini.

  11. Jika tiada kes atau rekod perkahwinan bermaksud pasangan anda masih lagi bujang dan tiada kes.

  12. Selesai. Semoga melalui semakan status perkahwinan yang disediakan ini dapat membantu anda membina hubungan lebih bahagia. Amin.

MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN

Untuk sebarang pertanyaan dan persoalan anda boleh hubungi pihak berwajib di bawah ini.

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.

Nombor Telefon : 03-8887 9200

Laman web : http://www.jksm.gov.my.

Leave a Comment