SEMAKAN GKP 4.0 LULUS ATAU TIDAK CHECK MELALUI ONLINE 2021

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAKAN GKP 4.0 LULUS ATAU TIDAK CHECK MELALUI ONLINE 2021

GKP adalah Geran Khas Prihatin yang diberikan kepada usahawan kecil dan sederhana mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak LHDN. Pemberian Geran ini adalah dalam bentuk bantuan wang tunai yang akan dimasukkan ke dalam akaun pemilik syarikat/perniagaan masing-masing.

Untuk pengetahuan anda, GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi membantu aliran tunai perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan. PKS mikro yang berstatus Lulus GKP adalah penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 dan permohonan baharu GKP 4.0.

Nilai bantuan GKP 4.0 adalah penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 yang berstatus Lulus akan menerima bantuan tunai sebanyak RM1000 yang diberikan dalam 2 fasa. Dan juga mereka yang lulus permohonan baharu GKP 4.0 juga akan menerima bantuan tunai sebanyak RM1000 yang diberikan dalam 2 fasa.

Pembayaran GKP 4.0 kepada penerima yang layak akan dibuat pada bulan September 2021 (RM500) dan November 2021 (RM500) tertakluk kepada perubahan. Semakan status kelulusan GKP 4.0 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Di bawah ini kami kongsikan kepada anda cara membuat semakan permohonan GKP 4.0 penerima yang sedia adan dan juga kepada mereka yang membuat permohonan baru secara online.

Baca juga : Cara Check GKP 4.0

SEMAKAN GKP 4.0 LULUS ATAU TIDAK

Ini adalah Panduan Lengkap Cara Untuk Buat Semakan GKP 4.0 Lulus atau Tidak.

  1. Panduan ini adalah untuk mereka yang sudah membuat permohonan dan juga pernah menerima bantuan GKP sebelum ini. Untuk semakan status permohonan baru boleh lihat di bawah panduan ini.

  2. Sila layari laman web rasmi Semakan GKP 4.0 di pautan ini : https://gkp.hasil.gov.my/.

  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan Semakan Status.

  4. Tekan Icon Carian.

  5. Untuk teruskan proses Semakan, sila isi Captcha.

  6. Tekan Semak.

  7. Apabila anda tekan Semak dan akan keluar status seperti di bawah ini.

  8. Semakan mendapati Nombor Kad Pengenalan ini telah wujud pada permohonan GKP. Oleh itu, tidak layak membuat permohonan baharu GKP 4.0. Sila klik Log Masuk untuk ke Menu GKP bagi semakan status Permohonan.

  9. Status ini bermakna anda merupakan penerima atau pernah memohon Geran Khas Prihatin.

  10. Untuk check sama ada lulus atau tidak sila login masuk di pautan ini : https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login.

  11. Sila masukkan ID Pengguna anda iaitu Nombor Kad Pengenalan anda.

  12. Tekan Semak.

  13. Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.

  14. Tekan “Ya” jika betul.

  15. Masukkan Password anda.

  16. Klik Log Masuk.

  17. Paparan akan menunjukkan Nama, No. MyKad, Status Permohonan anda dan Jumlah Keseluruhan GKP yang pernah anda terima.

  18. Untuk check GKP 4.0 anda boleh lihat sehingga di bahagian ini akan keluar seperti GKP yang sebelum ini.

  19. Jangan risau jika anda sudah lulus dan di bahagian Status Permohonan anda adalah Lulus sebelum ini anda akan menerima wang tunai tersebut apabila diumumkan.

  20. Jangkaan pada bulan September untuk fasa pertama RM500 dan fasa kedua pada November RM500.

  21. Semak Status anda selesai hanya tunggu bantuan di kredit masuk ke akaun anda.

CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN BARU GKP 4.0

Ini adalah panduan cara check status kelulusan permohonan baru.

  1. Sila masuk ke portal rasmi GKP di pautan ini : https://gkp.hasil.gov.my/.
  2. Klik Log Masuk.
  3. Sila masukkan ID Pengguna anda iaitu Nombor Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan Semak
  5. Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.
  6. Tekan “Ya” jika betul.
  7. Masukkan Password anda.
  8. Tekan Log Masuk.
  9. Paparan akan menunjukkan Status Permohonan.
  10. Jika pada Status Permohonan anda bertulis PERMOHONAN DITERIMA bermaksud permohonan anda telah lulus.
  11. Anda hanya perlu menunggu sahaja bantuan tunai yang akan dimasukkan ke akaun yang anda isikan semasa pendaftaran.
  12. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN

Jika anda mempunyai masalah dan persoalan boleh hubungi pihak yang layak di bawah ini untuk memberi bantuan kepada anda.

Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia,
Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8,
63000 Cyberjaya Selangor.

Hotline : 1800-88-2747

Leave a Comment