GKP HASIL GOV MY : SEMAKAN STATUS GERAN KHAS PRIHATIN 4.0 RM1000 SEPTEMBER & NOVEMBER 2021

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

GKP HASIL GOV MY : SEMAKAN STATUS GERAN KHAS PRIHATIN 4.0 RM1000 SEPTEMBER & NOVEMBER 2021

Untuk makluman, GKP adalah Geran Khas Prihatin yang diberikan kepada usahawan kecil dan sederhana yang terkesan akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik Covid19 di seluruh Negara.

Bantuan ini sudah diberikan beberapa peringkat dan yang terbaru adalah GKP 4.0. GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi membantu aliran tunai perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Baca juga : SEMAKAN GKP 4.0 LULUS ATAU TIDAK CHECK MELALUI ONLINE 2021

Kelayakan untuk menerima bantuan GKP 4.0 adalah jika anda adalah penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 yang berstatus Lulus layak menerima wang tunai berjumlah RM1000 yang akan disalurkan mengikut 2 fasa. Dan juga mereka yang baru memohon dan lulus permohonan baharu GKP 4.0 juga akan menerima bantuan tunai sebanyak RM1000 secara 2 fasa.

Untuk pengetahuan anda, pembayaran GKP 4.0 kepada penerima yang layak akan dibuat pada bulan September 2021 (RM500) dan November 2021 (RM500) tertakluk kepada perubahan.

Oleh itu, untuk membuat semakan kelulusan permohonan GKP 4.0 ini anda boleh rujuk di panduan di bawah ini.

CARA SEMAK STATUS GKP 4.0 DI GKP HASIL GOV MY

Panduan Lengkap Semakan Status Lulus atau Tidak GKP 4.0 di bawah ini.

  1. Panduan ini adalah untuk mereka yang sudah membuat permohonan dan juga pernah menerima bantuan GKP sebelum ini. Untuk semakan status permohonan baru boleh lihat di bawah panduan ini.

  2. Layari portal rasmi Semakan Status GKP 4.0 di sini : https://gkp.hasil.gov.my/.

  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan Semakan Status.

  4. Tekan Icon Carian.

  5. Untuk teruskan proses Semakan, sila isi Captcha.

  6. Tekan Semak.

  7. Apabila anda tekan Semak dan akan keluar status seperti di bawah ini.

  8. Semakan mendapati Nombor Kad Pengenalan ini telah wujud pada permohonan GKP. Oleh itu, tidak layak membuat permohonan baharu GKP 4.0. Sila klik Log Masuk untuk ke Menu GKP bagi semakan status Permohonan.

  9. Status ini bermakna anda merupakan penerima atau pernah memohon Geran Khas Prihatin.

  10. Jadi untuk teruskan semakan sama ada lulus atau tidak untuk GKP 4.0 sila login masuk di pautan ini : https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login.

  11. Sila masukkan ID Pengguna anda iaitu Nombor Kad Pengenalan anda.

  12. Klik Semak.

  13. Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.

  14. Tekan “Ya” jika betul.

  15. Masukkan Password anda.

  16. Klik Log Masuk.

  17. Paparan akan menunjukkan Nama, No. MyKad, Status Permohonan anda dan Jumlah Keseluruhan GKP yang pernah anda terima.

  18. Untuk check GKP 4.0 anda boleh lihat sehingga di bahagian ini akan keluar seperti GKP yang sebelum ini.

  19. Jangan risau jika anda sudah lulus dan di bahagian Status Permohonan anda adalah Lulus sebelum ini anda akan menerima bantuan wang tunai tersebut apabila diumumkan.

  20. Bayaran akan dibuat pada bulan September untuk fasa pertama RM500 dan fasa kedua pada November sebanyak RM500.

  21. Semakan Status anda sudah selesai hanya perlu tunggu bantuan di kredit masuk ke akaun anda sahaja.

CARA SEMAKAN STATUS KELULUSAN GKP 4.0 UNTUK PERMOHONAN BARU

Kepada anda yang baru sahaja membuat permohonan dan ingin check GKP 4.0 untuk mengetahui sama ada permohonan anda lulus atau tidak boleh ikuti panduan di bawah ini.

  1. Sila masuk ke portal rasmi GKP di pautan ini : https://gkp.hasil.gov.my/.
  2. Klik Log Masuk.
  3. Sila masukkan ID Pengguna anda iaitu Nombor Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan Semak
  5. Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.
  6. Tekan “Ya” jika betul.
  7. Masukkan Password anda.
  8. Tekan Log Masuk.
  9. Paparan akan menunjukkan Status Permohonan.
  10. Jika pada Status Permohonan anda bertulis PERMOHONAN DITERIMA bermaksud permohonan anda telah lulus.
  11. Anda hanya perlu menunggu sahaja bantuan tunai yang akan dimasukkan ke akaun yang anda isikan semasa pendaftaran.
  12. Selesai.

SOALAN LAZIM

Bagaimana cara buat semakan status GKP 4.0 sama ada lulus atau tidak?

Tuan/Puan boleh membuat semakan menerusi portal gkp.hasil.gov.my. Untuk panduan lengkap cara semakan kelulusan GKP 4.0 boleh ke artikel ini.

Saya juga membuat permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 dan berstatus Lulus. Adakah saya layak menerima GKP 4.0?

Jika permohonan BPR 2021 atau Rayuan BPR 2021 berstatus Lulus, tidak layak GKP 4.0.

Status permohonan GKP sebelum ini tidak lulus, adakah saya boleh membuat permohonan baharu GKP 4.0?

Boleh. Permohonan baharu GKP 4.0 dibuka kepada PKS Mikro yang tidak lulus GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 serta tidak mempunyai rekod permohonan GKP dan Bantuan Prihatin rakyat (BPR).

Adakah penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 yang lulus perlu membuat permohonan semula bagi bantuan GKP 4.0?

Penerima sedia ada yang berstatus Lulus GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 tidak perlu membuat permohonan semula. Permohonan baharu GKP 4.0 hanya bagi PKS Mikro yang tidak menerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0.

Saya telah membuat pemulangan GKP dan menolak bantuan GKP. Adakah saya masih layak menerima GKP 4.0?

Sekiranya pemulangan GKP telah dilakukan dan telah disahkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), tidak layak menerima GKP 4.0.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya mempunyai sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 4.0?

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 4.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

1 thought on “GKP HASIL GOV MY : SEMAKAN STATUS GERAN KHAS PRIHATIN 4.0 RM1000 SEPTEMBER & NOVEMBER 2021”

Leave a Comment