REGISTER BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022 ONLINE
APA ITU BKM 2022?
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diumumkan melalui Bajet 2022. BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara register Bantuan Keluarga Malaysia, sila baca artikel di bawah.
BACA JUGA : CARA CHECK STATUS BKM SECARA ONLINE
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Untuk memohon, perlulah memenuhi kelayakan berdasarkan kategori iaitu:
1. Isi Rumah
- Kahwin.
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat.
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
2. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat.
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas.
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
3. Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat.
- Had umur adalah 21-59 tahun.
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
CARA REGISTER BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Proses pendaftaran itu dibuka bagi memastikan mereka yang layak, namun adalanya tiada dalam pangkalan data dan mereka diberikan peluang untuk memohon dan mengemaskini menerusi laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Data sedia ada penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM bagi diverifikasi kelayakan.
Sila Join Channel Telegram Bantuan Keluarga Malaysia di sini : https://t.me/bantuankeluargamalaysia2022.
REGISTER BKM 2022 DI SINI : https://bkm.hasil.gov.my.
TARIKH KEMASKINI & PERMOHONAN BAHARU
Untuk pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM, akan dibuka pada:
- Mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 (1 bulan)
*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
BAYARAN BANTUAN
- Pembayaran BKM akan dibuat sebanyak 4 kali setahun.
- Bayaran pertama dijangka pada bulan Mac 2022.
MAKLUMAT LANJUT
- Soalan Lazim BKM
- Talian Hotline BPR: 1-800-88-2747 (Isnin – Jumaat, 9am – 5pm)
Baru nak daftar
Baru nak daftar
Bari nak daftar
baru nak daftar