TUKAR IC ONLINE : PANDUAN LENGKAP CARA GANTI MYKAD ROSAK DAN HILANG JPN ATAS TALIAN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

TUKAR IC ONLINE : PANDUAN LENGKAP CARA GANTI MYKAD ROSAK DAN HILANG JPN ATAS TALIAN

Untuk makluman anda, mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap orang yang kad pengenalannya rosak atau musnah hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian. Dan juga mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990(Pindaan 2007) setiap orang yang hilang kad pengenalannya hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian.

Jadi jika anda hilang atau rosak kad pengenalan sila tukar dengan kadar segera supaya tidak berlaku sebarang masalah di masa hadapan kelak.

Di bawah ini kami kongsikan kepada anda cara untuk tukar ic online.

Baca juga : SURAT BERANAK HILANG ONLINE : CARA MEMOHON GANTI SIJIL LAHIR BARU

CARA TUKAR IC ONLINE JIKA ROSAK ATAU HILANG

Panduan Lengkap Cara Tukar IC Online Jika Rosak atau Hilang.

  1. Sila layari laman web rasmi TUKAR IC ONLINE di pautan ini : https://malaysia.gov.my/portal/register/2/go?forward_url=.

  2. Buat Pendaftaran jika anda baru pertama kali.

  3. Pilih Status Kewarganeragaraan.

  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.

  5. Isi Nama Penuh anda.

  6. Isi Emel anda.

  7. Pilih Kod Negara Malaysia.

  8. Masukkan Nombor Telefon anda.

  9. Taip Kod Verifikasi yang diberikan.

  10. Tekan Hantar.

  11. Pengguna perlu mengakses Emel yang digunakan semasa mendaftar tadi dan klik butang “Klik
    di sini untuk mengaktifkan akaun anda”di dalam emel anda.

  12. Kemudian, sila aktifkan akses dengan mengisi Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan, kemudian klik
    butang Hantar.

  13. Jika anda sudah siap aktifkan dan buat penukaran Kata Laluan tadi, sila Log Masuk di pautan di bawah.

  14. Untuk Log Masuk sila masuk di portal GANTIANMYKAD di pautan ini : https://gantianmykad.jpn.gov.my/.

  15. Klik butang “Log Masuk” di laman utama sistem.

  16. Klik pada icon Password.

  17. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda dan klik butang Next.

  18. Masukkan Kata Laluan dan klik butang Login. Pemohon akan terus di bawa ke ”Laman Permohonan”.

  19. Di Laman Utama, klik Pautan atau logo JPN. Pemohon akan dapat melihat skrin rekod terkini mykad yang dipohon (untuk yang pernah mohon).

  20. Di laman Utama juga, jika anda adalah pemohon baru dan ingin membuat Permohonan Baru Gantian MyKad, anda boleh mohon dengan mengklik butang Mohon Sini untuk meneruskan permohonan.

  21. Baca Akuan Penafian dan klik butang Setuju untuk meneruskan permohonan.

  22. Skrin Permohonan Tukar IC akan di paparkan.

  23. Sila isi Nama Penuh anda di ruangan Nama Pemohon.

  24. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.

  25. Masukkan Nombor Telefon anda di ruangan Nombor Talian Bimbit.

  26. Sila Tick Jenis Penggantian yang anda mahukan.

  27. Sila Pilih Pusat Kutipan MyKad anda kalau boleh yang berdekatan dengan anda sekarang.

  28. Klik butang Teruskan.

  29. Skrin paparan maklumat permohonan akan terhasil dan maklumat berikut akan dipaparkan selepas aktiviti QC dengan GOSG selesai

  30. Maklumat yang dipaparkan adalah seperti di bawah.

    • Nama Pemohonan
    • No. Kad Pengenalan
    • Alamat
    • No. Talian Bimbit
    • Jenis penggantian
    • Negeri Pusat Kutipan
    • Cawangan Pusat Kutipan
    • Maklumat Bayaran

  31. Klik pada kotak pilihan persetujuan.

  32. Pilih cara bayaran samada menggunakan Kad Kredit/Debit atau FPX untuk meneruskan pembayaran.

  33. Selepas paparan maklumat pemohon dan bayaran dan kotak persetujuan telah ditanda, pemohon perlu klik pada butang radio FPX untuk meneruskan pembayaran secara online FPX.

  34. Klik Teruskan/Proceed.

  35. Pilih Bank yang anda mahu gunakan untuk pembayaran online banking dan klik butang Pay untuk meneruskan pembayaran.

  36. Paparan Log Masuk Bank akan terhasil.

  37. Masukkan User Id dan Password. Kemudian klik butang Sign In.

  38. Klik butang Confirm untuk meneruskan pembayaran dengan amaun bayaran yang dipaparkan.

  39. Kemudian, bank akan paparkan mesej “Your account has been deducted” dan pembayaran juga telah berjaya di proses.

  40. Klik butang Continue with Transaction dan akan redirect semula ke laman rekod transaksi beserta mesej “Permohonan Telah Berjaya” dan resit berjaya di jana.

  41. Untuk makluman, resit hanya akan sedia dicetak dalam anggaran 10 minit. Sekiranya status permohonan masih ‘Dalam Proses’ diharap bersabar.

  42. Apabila pembayaran berjaya diproses dan permohonan telah selesai dan berjaya, sistem akan menyediakan Resit Rasmi Asal (Cetakan Kali Pertama) dan Resit Rasmi Salinan (Cetakan Kali Kedua dan seterusnya).

  43. Klik pada butang Resit dan Resit Rasmi Asal akan dipaparkan bagi cetakan kali pertama.

  44. Klik semula pada butang Resit dan paparan Resit Rasmi Salinan akan dipaparkan bagi cetakan kali kedua dan seterusnya.

  45. Sila kembali ke Laman Utama Ganti MyKad.

  46. Sila lihat di Status Permohonan untuk semak sama ada permohonan anda telah berjaya dan boleh diambil di cawangan JPN yang anda pilih. Sila lihat penerangan di bawah untuk Status Permohonan.

  47. Selesai.

CARA CHECK STATUS GANTI MYKAD ONLINE

Ini adalah cara untuk semak atau check status tukar IC online anda.

  1. Sila masuk ke laman web Ganti MyKad semasa permohonan : https://gantianmykad.jpn.gov.my/.
  2. Log Masuk menggunakan Nombor Kad Pengenalan anda semasa pendaftaran dan semasa permohonan.
  3. Di halaman utama sila lihat di “REKOD PERMOHONAN MYKAD DALAM TALIAN”.
  4. Perhatikan di kotak Status Permohonan.
  5. Sila lihat penerangan tentang Status Permohonan di bawah.
  • MyKad Sedia Diambil: MyKad telah Sedia Diambil dan resit sudah boleh dicetak oleh pengguna sistem.
  • Dalam Proses/ Berjaya: Proses pembayaran telah berjaya dan dalam proses kemaskini data di JPN.
  • Tidak Berjaya: Permohonan anda tidak berjaya. Setiap pembayaran yang telah berjaya dibuat akan dipulangkan kembali ke akaun kad kredit/ kad debit pemohon.
  • TIDAK BERJAYA TETAPI PEMBAYARAN SECARA FPX TELAH BERJAYA DILAKUKAN: Permohonan akan diproses semula oleh Sistem. Harap Bersabar. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-8880 7649/8598/7592 untuk semakan.

MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN

Jika terdapat sebarang pertanyaan dan persoalan anda boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini. Kami sekadar berkongsi maklumat dan informasi untuk memberi manfaat kepada yang memerlukan maklumat seperti ini.

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Telefon: 03-8000 8000
Faks: 03-8880 8288
Emel(@jpn.gov.my):pro

Leave a Comment