BORANG BKM MALAYSIA : KEMASKINI & PERMOHONAN BARU (DOWNLOAD PDF)

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BORANG BKM MALAYSIA : KEMASKINI & PERMOHONAN BARU (DOWNLOAD PDF).

Bermula pada 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022, mereka yang berkelayakan boleh mula membuat permohonan baharu dan juga kemaskini permohonan Bantuan Keluarga Malaysia menerusi online dan juga melalui borang manual.

Tempoh yang diberikan selama 1 Bulan untuk pemohon mengemukakan permohonan baharu BKM 2022 dan juga untuk mengemukakan kemaskini permohonan BKM 2022 yang sedia ada.

Dimana boleh dapatkan borang manual kemaskini BKM Malaysia 2022? Macam mana cara nak download atau muat turun form pdf permohonan baru Bantuan Keluarga Malaysia? Rujuk di artikel ini.

Permohonan Baru & Kemaskini BKM 2022 online boleh rujuk di sini : https://kerajaanonline.com/bkm-hasil-gov-my/.

BORANG BKM MALAYSIA

Bagaimana boleh dapatkan Borang Kemaskini BKM 2022?

Download Borang Manual PDF di dalam artikel ini.

Dimana boleh download/muat turun Borang Permohonan Baru BKM 2022 PDF?

Di dalam artikel ini. Klik download dan print.

BORANG KEMASKINI BKM 2022

Kepada anda yang berstatus (ADA REKOD) atau (PERMOHONAN DITERIMA) disarankan untuk membuat proses kemaskini Permohonan BKM 2022 anda. Hal ini disebabkan untuk mengelakkan data yang diambil daripada bantuan sebelum ini tidak diupdate ataupun menggunakan data yang lama. Pastikan anda kemaskini data dan maklumat anda, pasangan dan anak-anak serta pendapatan yang terkini bagi memudahkan urusan penilaian yang bakal dibuat selepas tempoh permohonan dan kemaskini ini ditutup.

Dapatkan Info Awal Semakan Kelulusan BKM 2022 di sini : https://t.me/bantuankeluargamalaysia2022.

BORANG PERMOHONAN BARU BKM 2022

Kepada anda yang berstatus (TIADA REKOD) atau (PERLU BUAT PERMOHONAN BAHARU), anda mestilah menghantar borang Permohonan Baru BKM 2022 yang diisi dengan lengkap berserta dengan Salinan Dokumen Sokongan dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu tarikh akhir Permohonan Baharu adalah 31 Januari 2022.

Anda boleh menghantar Borang Kemaskini/Permohonan Baru BKM 2022 di kaunter-kaunter berikut:

  • Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.
  • Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
  • Pejabat Daerah / Pejabat Residen.

Penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:

Peti Surat BKM,
GPO Shah Alam,
40800 Selangor.

Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

(PERHATIAN) Pastikan anda membawa bersama Dokumen Sokongan semasa penghantaran Borang tersebut :

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut :

Rujukan LHDN di sini : https://bkm.hasil.gov.my/Download/Faq/BKM%202022%20-%20FAQ%20Permohonan%20Baharu%20dan%20Kemaskini%20BKM.pdf.

DOWNLOAD/MUAT TURUN BORANG KEMASKINI BKM 2022

DOWNLOAD/MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN BARU BKM 2022

DOWNLOAD/MUAT TURUN BORANG SERAHAN DOKUMEN SOKONGAN BKM 2022

Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM.

NOMBOR BANTUAN BKM 2022

  • Hubungi Hotline BKM LHDNM : 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
  • Hotline MoF : 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
  • Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PS LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

4 thoughts on “BORANG BKM MALAYSIA : KEMASKINI & PERMOHONAN BARU (DOWNLOAD PDF)”

Leave a Comment