KEMASKINI BKM 2022 : CARA ISI UPDATE MAKLUMAT PERMOHONAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA DAN BORANG MANUAL
Saya adalah penerima BPR 2021 dan BKC sebelum ini. Adakah saya perlu membuat kemas kini permohonan BKM 2022 sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat?
Sekiranya semakan permohonan di portal BKM 2022 anda wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemas kini maklumat BKM 2022. Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan di Portal Rasmi BKM 2022 tidak wujud, anda perlu membuat permohonan baharu.
Baca juga : BKM HASIL GOV MY : LINK SEMAKAN DAN PERMOHONAN 2022 ONLINE BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Sekiranya saya tidak mengemaskini permohonan BKM 2022 sepanjang tempoh permohonan dibuka, adakah saya layak BKM 2022?
Sekiranya anda tidak hadir untuk kemas kini, permohonan di portal BKM 2022 anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada iaitu berdasarkan data BPR 2021 atau BKC dan kelayakan BKM 2022 adalah berdasarkan keputusan proses semakan maklumat berkenaan.
Saya telah diluluskan BPR 2021 dengan status Ibu Bapa Tunggal dan mempunyai seorang anak. Adakah saya perlu untuk kemas kini maklumat anak berkenaan dan kemukakan dokumen sokongan?
Sekiranya permohonan di portal BKM 2022 anda wujud dan tiada perubahan maklumat anak yang didaftarkan semasa BPR 2021, anda tidak perlu kemas kini permohonan. Ini kerana pemprosesan bagi penentuan kelayakan anak akan dibuat melalui sistem.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai tambahan anak yang lain, kemaskini dan serahan dokumen sokongan anak yang baharu perlu dibuat.
Semasa permohonan BPR 2021 sebelum ini, saya telah kemukakan semua dokumensokongan yang diperlukan. Adakah saya perlu kemukakan semula semasa permohonan BKM 2022?
Sekiranya permohonan di portal BKM 2022 anda wujud dan tiada perubahan maklumat, dokumen sokongan tidak perlu dikemukakan semasa BKM 2022.
Suami saya adalah penerima BPR 2021. Bolehkah saya menukar permohonan suami saya kepada permohonan saya?
Sekiranya Permohonan di portal BKM 2022 wujud atas nama suami anda, permohonan atas nama suami perlu dibatalkan terlebih dahulu dengan mengisi borang pembatalan (BK-05) dan dikemukakan ke cawangan LHDNM sebelum permohonan baharu BKM 2022 dibuat atas nama anda.
Suami saya adalah penerima BPR 2021 dan telah meninggal dunia sebelum 01 Januari 2022. Adakah saya boleh membuat Permohonan Baharu BKM 2022?
Ya. Anda boleh membuat Permohonan Baharu BKM 2022 dengan status perkahwinan yang terkini.
Suami saya adalah penerima BPR 2021 dan telah meninggal dunia sebelum 01 Januari 2022. Saya berstatus bukan warganegara Malaysia, adakah saya boleh membuat kemaskini permohonan BKM 2022 atas nama suami saya?
Tidak. Pemohon yang meninggal dunia sebelum 01 Januari 2022 tidak layak untuk membuat permohonan BKM 2022. Oleh itu, kemaskini ke atas permohonan suami tidak dibenarkan.
CARA ISI KEMASKINI BKM 2022
PANDUAN LENGKAP CARA ISI KEMASKINI BKM 2022 ISI RUMAH B40, M40, BUJANG, WARGA EMAS.
- Klik Link Portal Rasmi Kemaskini BKM di sini : https://bkm.hasil.gov.my/Default.aspx.
- Kemudian, klik [LOG MASUK BKM] sebelah atas kanan anda.
- Anda akan berada di Log Masuk BKM.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan di ruangan No.MyKad/ID Pengguna.
- Klik [Semak].
- Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Masukkan Kata Laluan/Password anda.
- Klik [Log Masuk].
- Anda akan dibawa ke Laman Utama MyBKM.
- Untuk Kemaskini BKM 2022, sila Klik [Kemaskini Permohonan].
- Anda dikehendaki Semak atau Tambah atau Ubah Maklumat di bahagian Maklumat Pemohon ini. Sebarang penambahan atau perubahan yang anda ingin lakukan atau ingin dikemaskini boleh dilakukan di sini.
- Kemudian, Muat Naik/Upload Dokumen Sokongan jika terdapat perubahan berkaitan dengan bilangan anak, status perkahwinan, pendapatan dan lain-lain.
- Tekan [Teruskan] jika anda sudah selesai Kemaskini Maklumat di bahagian ini.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik [SAHKAN CAPTCHA].
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick butang Perakuan Pemohon berkenaan.
- Klik [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
- Selesai.
Sila join Telegram Channel Bantuan Keluarga Malaysia 2022 di sini untuk Info Awal : https://t.me/bantuankeluargamalaysia2022.
BORANG KEMASKINI BKM 2022 PDF
Jika anda ingin membuat kemaskini secara manual menggunakan Borang Kemaskini BKM 2022, anda boleh muat turun/download borang tersebut di bawah ini.
Pastikan anda menghantar borang kemaskini ini sebelum tarikh tutup iaitu 31 Januari 2022.
Bawa bersama Dokumen Sokongan atau Salinan Dokumen Sokongan anda semasa menghantar Borang Kemaskini ini.
Sila Hantar Borang Kemaskini BKM 2022 ini di Cawangan LHDN yang berdekatan dengan anda.
NOMBOR CUSTOMER SERVICE/HOTLINE BKM 2022
Sebarang soalan dan pertanyaan anda boleh rujuk kepada pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi maklumat dan info supaya dapat memudahkan pihak anda berurusan. Pihak kami buka agensi kerajaan dan pihak kami sekadar berkongsi maklumat berdasarkan Laman Rasmi BKM yang di sediakan oleh pihak LHDN.
Hubungi Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
Customer Service MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).