TARIKH MASUK BKM : JADUAL BAYARAN ISI RUMAH DAN BUJANG
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diumumkan melalui Bajet 2022 memberikan manfaat kepada semua golongan bersasar.
Tempoh permohonan dan pengemaskinian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 telahpun bermula dari 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022.
Berpandukan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun lepas, pembahagian Duit Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 juga akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga mencapai jumlah kadar keseluruhan mengikut kategori pendapatan bulanan Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas seperti yang sudah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
BACA JUGA : LINK KEMASKINI BKM 2022 : CARA SEMAK SEMULA MAKLUMAT BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022
JUMLAH BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022
Berikut adalah jumlah bantuan yang akan diberikan mengikut kategori, pendapatan dan bilangan anak penerima.
1. Isi Rumah
Pendapatan RM 2,500 dan ke bawah
- RM 1,000 untuk yang belum mempunyai anak
- RM 1,500 untuk yang mempunyai 1-2 orang anak
- RM 2,000 untuk yang mempunyai 3 orang anak dan ke atas
Pendapatan RM 2,501 sehingga RM 5,000
- RM 400 untuk yang belum mempunyai anak
- RM 600 untuk yang mempunyai 1-2 orang anak
- RM 800 untuk yang mempunyai 3 orang anak dan ke atas
2. Warga Emas atau Tiada Pasangan
Pendapatan RM 5,000 dan ke bawah
- Bantuan terkumpul berjumlah RM 600
3. Bujang
Pendapatan RM 2,500 dan ke bawah
- Bantuan terkumpul berjumlah RM350
JUMLAH KADAR TAMBAHAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022
Penerima kategori Isi Rumah BKM 2022 juga akan menerima jumlah tambahan BKM sekiranya menepati perkara-perkara seperti di bawah.
- Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat.
- Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.
1. Ibu Bapa Tunggal
Pendapatan RM 2,500 dan ke bawah
- RM 1,500 + RM500 untuk yang mempunyai 1-2 orang anak.
- RM 2,000 + RM500 untuk yang mempunyai 3 orang anak dan ke atas.
Pendapatan RM 2,501 sehingga RM 5,000
- RM 600 + RM500 untuk yang mempunyai 1-2 orang anak.
- RM 800 + RM500 untuk yang mempunyai 3 orang anak dan ke atas.
2. Warga Emas Ada Anak
Pendapatan RM 2,500 dan ke bawah
- RM 1,500 + RM300 untuk yang mempunyai 1-2 orang anak.
- RM 2,000 + RM300 untuk yang mempunyai 3 orang anak dan ke atas.
Pendapatan RM 2,501 sehingga RM 5,000
- RM 600 + RM300 untuk yang mempunyai 1-2 orang anak.
- RM 800 + RM300 untuk yang mempunyai 3 orang anak dan ke atas.
INFOGRAFIK MAKLUMAT BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022
TARIKH MASUK BKM : JADUAL BAYARAN ISI RUMAH DAN BUJANG
Pembayaran duit bantuan kewangan, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 akan dimasukkan atau dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima ataupun membuat tuntutan tunai di cawangan BSN bagi penerima yang tiada akaun bank setelah Permohonan baru, Kemaskini Maklumat atau Permohonan Rayuan masing-masing telah disahkan berjaya.
Kementerian Kewangan Malaysia menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mengeluarkan Jadual Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia 2022 sebagai rujukan penerima.
Berikut adalah Jadual Tarikh Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia BKM 2022 :
BKM 2022 (Fasa 1)
Mac 2022 (akan dikemaskini)
- Isi rumah
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
- Bujang
BKM 2022 (Fasa 2)
Jun 2022 (akan dikemaskini)
- Isi rumah
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
BKM 2022 (Fasa 3)
September 2022 (akan dikemaskini)
- Isi rumah
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
- Bujang
BKM 2022 (Fasa 4)
Disember 2022 (akan dikemaskini)
- Isi rumah
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
MAKLUMAT LANJUT BKM 2O22
Untuk maklumat lanjut mengenai BKM 2022, sila rujuk lampiran Soalan Lazim dari LHDN di bawah:
- Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747
- Hotline BKK MoF : 03 8882 4565
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
- e-Mel : bkm@treasury.gov.my