SEMAKAN BANTUAN SARA RM1200 : 2024 CHECK STATUS

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAKAN BANTUAN SARA RM1200 : 2024 CHECK STATUS

Oleh kerana kos sara hidup kini semakin tinggi, kerajaan bersetuju untuk meneruskan sumbangan Bantuan SARA bagi tahun 2024 dengan menaikkan kadar bantuan sebanyak RM1,200 untuk membantu golongan yang memerlukan menampung perbelanjaan keperluan asas.

Bagaimanakah semakan status bantuan sara rm1,200 2024? Ikuti penjelasan selanjutnya di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN ASAS RAHMAH : DAFTAR ONLINE

TARIKH BAYARAN SEMAKAN BANTUAN SARA RM1,200

Berikut merupakan tarikh pembayaran Bantuan SARA bagi tahun 2024 seperti di bawah :

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA
Seawal bulan Januari 2024 hingga Disember 2024
(selama tempoh 12 bulan)

KATEGORI PENERIMA BANTUAN SARA

Berikut merupakan kategori penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang layak menerima Bantuan SARA bagi tahun 2024 (berdasarkan kategori) seperti di bawah :

KATEGORIBIL.PENERIMA
STR Miskin Tegar0.2j
STR Miskin0.5j
STR Isi Rumah3.7j
STR Bujang & Warga Emas4.3j
*Menurut data eKasih dan JKM.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA 2024

Pembayaran Bantuan SARA bagi tahun 2024 adalah mengikut kategori seperti jumlah di bawah berikut :

KATEGORIJUMLAH BAYARAN
STR Miskin TegarRM1,200
STR MiskinRM1,200
STR Isi RumahRM300
STR Bujang & Warga EmasRM150
*Bagi kategori Miskin Tegar dan Miskin akan dikreditkan sebanyak RM100 setiap bulan. Bagi kategori Bujang dan Warga Emas mungkin akan dikreditkan secara one-off (akan dikemaskini selepas diumumkan nanti).

SEMAKAN BANTUAN SARA RM1200

Ikuti cara semakan status Bantuan SARA RM1,200 2024 secara online seperti di bawah :

  1. Sila layari laman portal rasmi MyKasih Semakan Status [Di sini].
  2. Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
  3. Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian klik pada butang [Semak Status].
  5. Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
  6. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau masalah berkaitan portal MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
  • Emel : info@mykasih.com.

Leave a Comment