PERMOHONAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2024 : DAFTAR ONLINE
Bantuan Asas Rahmah atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah bantuan tambahan yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat menampung perbelanjaan keperluan asas bulanan. Bantuan ini akan dinaikkan sebanyak RM1,200 berbanding sebelum ini hanya RM600 sahaja.
Bagaimanakah cara permohonan online bantuan asas rahmah 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM1200
AMAUN BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2024
Berikut merupakan amaun bayaran Bantuan Asas Rahmah 2024 mengikut kategori penerima STR (menurut data eKasih dan JKM) seperti di bawah :
- Penerima STR berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
- RM1,200 akan dibayar setiap bulan sebanyak RM100.
- Penerima STR Isi Rumah (bukan berstatus Miskin atau Miskin Tegar) :
- Akan menerima Bantuan Asas Rahmah sebanyak RM300.
- Penerima STR Bujang atau Warga Emas (tiada pasangan) :
- Akan menerima sebanyak RM150.
TARIKH BAYARAN
Pembayaran Bantuan Asas Rahmah 2024 adalah setiap bulan mengikut tarikh seperti di bawah berikut :
TARIKH BAYARAN | JUMLAH |
---|---|
Januari 2024 | RM100 |
Februari 2024 | RM100 |
Mac 2024 | RM100 |
April 2024 | RM100 |
Mei 2024 | RM100 |
Jun 2024 | RM100 |
Julai 2024 | RM100 |
Ogos 2024 | RM100 |
September 2024 | RM100 |
Oktober 2024 | RM100 |
November 2024 | RM100 |
Disember 2024 | RM100 |
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2024
Untuk permohonan, pemohon haruslah menepati syarat-syarat kelayakan seperti di bawah berikut :
- Warganegara Malaysia.
- Berstatus (lulus) penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Pendapatan tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan.
- Golongan sasar.
- Tersenarai dalam pengkalan data eKasih.
PERMOHONAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2024
Ikuti cara permohonan Bantuan Asas Rahmah secara online seperti berikut :
- Pemohon perlu daftar di Portal Rasmi e-Kasih; atau klik pautan ini : https://www.icu.gov.my/pg/main.php?pg=perkhidmatan&type=sejahtera&list=s03.
- Kemudian klik [Semakan Pendaftaran eKasih].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan permohon pada ruangan No.KP.
- Status pendaftaran anda akan dipaparkan.
- Kemudian, pergi ke Portal eKasih untuk daftar akaun.
- Masukkan semua maklumat diri, pendapatan, tanggungan dan lain-lain yang diperlukan dengan betul dan tepat.
- Klik butang [Teruskan].
- Tandakan pada perakuan diri.
- Tekan butang [Hantar].
- Selesai.
*Menurut sumber baharu, pemohon tidak perlu mengemukakan permohonan kerana bantuan ini adalah dirujuk pengkalan data eKasih dan JKM. Justeru pemohon perlu mendaftar e-Kasih.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat di atas sahaja. Sila rujuk pihak berwajib di bawah sekiranya mempunyai sebarang soalan atau masalah berkaitan bantuan ini :
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
- Emel : info@mykasih.com.
Me
Irman
saya irman