SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM1200 2024 : CHECK SEKARANG
Bermula pada tahun 2024, kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM1,200 selama tempoh 12 bulan untuk manfaat 700 ribu penerima STR yang layak menerima bantuan SARA (mengikut kategori).
Bagaimanakah cara semakan senarai nama penerima bantuan sumbangan asas rahmah rm1,200 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 : SEMAKAN
SENARAI KATEGORI PENERIMA
Berikut merupakan senarai kategori penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2024 seperti di bawah :
KATEGORI | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
STR Miskin Tegar | RM1,200 (RM100 setiap bulan) |
STR Miskin | RM1,200 (RM100 setiap bulan) |
STR Isi Rumah bukan status miskin / miskin tegar | RM300 |
STR Bujang & Warga Emas tiada pasangan | RM150 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024
Berikut merupakan tarikh pembayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2024 seperti di bawah :
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA 2024 |
---|
Akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima setiap bulan bermula seawal bulan Januari 2024 hingga Disember 2024. |
LANGKAH PEMBELIAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM1200 2024
Berikut adalah langkah-langkah pembelian barangan keperluan asas menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) seperti di bawah :
- Pilih barangan keperluan berdasarkan label MyKasih di rak tanda harga; atau lihat di sini (10 kategori) : https://www.mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.
- Tunjuk Mykad pemohon kepada juruwang untuk menyemak pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas kod barangan yang dipilih.
- Bayaran adalah menggunakan Mykad (masukkan 6 digit Nombor Pin anda).
- Simpan resit selepas pembelian untuk menyemak transaksi pembelian.
SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM1200 2024
Ikuti cara semakan senarai nama penerima bantuan SARA seperti di bawah berikut :
- Sila layari laman portal rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini untuk semakan : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=.
- Sila Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
- Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian klik pada butang [Semak Status].
- Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada lulus atau tidak atau tiada rekod.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau masalah berkaitan portal MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
- Emel : info@mykasih.com.