SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024 FASA 1 : SEMAK SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024 FASA 1 : SEMAK SEKARANG

Kerajaan akan menyasarkan semula subsidi pada tahun 2024 untuk meningkatkan nilai bantuan untuk disalurkan kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada 60 peratus rakyat dewasa Malaysia (mengikut kategori) yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Bagaimanakah cara semakan jumlah bayaran sumbangan tunai rahmah 2024 fasa 1 mengikut kategori? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BORANG BANTUAN BANJIR KELANTAN : EBENCANA

TARIKH BAYARAN FASA 1

Berikut merupakan tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 1 seperti di bawah :

TARIKH BAYARAN STR FASA 1
Februari 2024
*Tarikh akan dikemaskini selepas diumumkan secara rasmi nanti (tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa).

JUMLAH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024

Berikut merupakan jumlah keseluruhan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024 mengikut kategori seperti di bawah :

  • Kategori Isi Rumah :
PENDAPATAN ISI RUMAHJUMLAH KESELURUHAN BANTUAN
RM2,500 dan ke bawahRM1,000 hingga RM2,500
(mengikut bilangan anak)
RM2,501 hingga RM5,000RM500 hingga RM1,250
(mengikut bilangan anak)
  • Kategori Warga Emas :
PENDAPATAN INDIVIDUJUMLAH KESELURUHAN BANTUAN
RM5,000 ke bawahRM600
  • Kategori Bujang :
PENDAPATAN INDIVIDUJUMLAH KESELURUHAN BANTUAN
RM2,500 ke bawahRM350

JUMLAH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 1

Berikut merupakan jumlah pembayaran STR mengikut kategori (Fasa 1) 2024, seperti di bawah :

  • Kategori Isi Rumah :
PENDAPATANANAK
0
ANAK
1-2
ANAK
3-4
ANAK
>5
RM2,500 ke bawahRM500RM500RM500RM500
RM2,501-RM5,000RM100RM150RM250RM300
  • Kategori Warga Emas :
PENDAPATANBAYARAN FASA 1
RM5,000 ke bawahRM150
  • Kategori Bujang :
PENDAPATANBAYARAN FASA 1
RM2,500 dan ke bawahRM100

SEMAKAN JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024 FASA 1

Ikuti cara semakan jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 1 bagi tahun 2024 seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MySTR LHDNM.
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon (contoh : 82XXXXXXXXXX) di ruangan No MyKad.
  3. Kemudian, klik [Log Masuk].
  4. Klik [Semak].
  5. Sekiranya frasa Keselamatan pemohon adalah betul, sila tekan [Ya].
  6. Sila masukkan Kata Laluan pemohon dengan betul.
  7. Seterusnya, klik [Log Masuk].
  8. Anda akan dipaparkan pada [Halaman Utama Portal].
  9. Kemudian, klik pada butang [Semakan].
  10. Seterusnya, klik pada [Maklumat Pembayaran].
  11. Anda akan dipaparkan maklumat pembayaran fasa 1.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Sila rujuk pihak berwajib di bawah sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan MySTR :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MoF : 03-8882 4565 / 4566
  • E-mel : str@mof.gov.my

Leave a Comment