BORANG BANTUAN BANJIR KELANTAN 2023 : EBENCANA
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri, Rohani Ibrahim berkata bagi melancarkan persediaan kemudahan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), kerajaan Negeri Kelantan menyeru ketua isi rumah di lokasi banjir untuk mendaftar menerusi sistem pengurusan bencana melalui e-Bencana, terutama melibatkan agihan bantuan.
Bagaimanakah cara menggunakan ebencana borang bantuan banjir kelantan 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN JKM ONLINE : CHECK STATUS
APA ITU E BENCANA
E-Bencana merupakan sebuah aplikasi yang mampu menjadikan pengurusan bencana lebih sistematik, mudah dan lebih tersusun. Namun sistem e-Bencana adalah maklumat secara berpusat dan tidak terhad kepada banjir sahaja. Kerajaan Negeri Kelantan percaya sistem e-Bencana juga turut dapat memudahkan pengagihan bantuan terus kepada rakyat Kelantan yang dilanda bencana banjir.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BANJIR KELANTAN
Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti di bawah berikut untuk mendapatkan Bantuan Banjir Kelantan :
- Warganegara Malaysia (memiliki kad pengenalan diri yang SAH)
- Mestilah merupakan MANGSA BENCANA ketika berlaku bencana.
- Hanya 1 Rumah yang terlibat LAYAK mendapat bantuan (tanpa mengira isi rumah / keluarga).
- Penyewa Layak Memohon (tuan rumah tidak layak memohon sekiranya penyewa telah memohon).
- Berpindah ke PSS (mengikut pendaftaran yang telah dibuat ketika berpindah).
- Tidak berpindah ke PPS (mendaftar dengan JPKK / Ketua Komuniti di tempat masing-masing).
BORANG BANTUAN BANJIR KELANTAN
Ikuti cara permohonan Bantuan Banjir Kelantan melalui sistem e-Bencana seperti berikut :
- Sila layari Portal sistem e-Bencana : https://ebencana.kelantan.gov.my/portal/; atau muat turun aplikasi eBencana di apps store / play store dalam telefon bimbit anda.
- Scroll down (kebawah) untuk melakukan pendaftaran penduduk di laman web sistem eBencana.
- Kemudian, klik pada pautan [Log Masuk ke eBencana].
- Seterusnya, klik pada [Daftar Penduduk].
- Sila pilih [Gelaran] anda.
- Isikan semua Maklumat diri, Maklumat Peribadi, Maklumat Bank dan lain-lain dengan lengkap dan betul.
- Muat naik gambar Kad Pengenalan pemohon dengan klik [Choose file].
- Kemudian, masukkan maklumat vaksinasi anda.
- Pilih [Jenis Vaksin] dan masukkan tarikh vaksinasi.
- Seterusnya, masukkan gambar [Sijil Vaksin].
- Klik [Tambah Vaksin] untuk dose kedua (2) dan seterusnya.
- Kemudian, klik butang [Daftar].
- Pendaftaran e-Bencana anda telah berjaya.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat di atas sahaja. Artikel ini juga dipetik dari Astro Awani : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ketua-isi-rumah-di-kelantan-diseru-daftar-ebencana-446521. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan e-Bencana, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu KELANTAN.
Smemerlukaan bantuan banjir