PERMOHONAN BANTUAN RM1200 MYSARA 2024 : DAFTAR SEKARANG
Terkini, kerajaan telah bersetuju untuk meluaskan manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan selama tempoh 12 bulan. Bantuan ini disalurkan melalui MyKad (tanpa tunai) untuk membeli keperluan asas.
Bagaimanakah cara permohonan bantuan rm1200 mysara 2024? Ikuti info lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN KAD DISKAUN MENU RAHMAH : DAFTAR ONLINE
APAKAH BANTUAN RM1200 MYSARA
Bantuan RM1200 MySARA merupakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu bantuan tambahan kepada penerima STR yang berstatus miskin dan miskin tegar mengikut data eKasih yang akan disalurkan ke dalam MyKad untuk membeli barangan keperluan makanan asas di kedai runcit atau pasaraya yang terpilih.
KRITERIA KELAYAKAN
Berikut merupakan kriteria kelayakan yang ditetapkan untuk mendapat Bantuan RM1200 MySARA seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia.
- Berstatus lulus Bantuan STR.
- Tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data e-Kasih.
- Pendapatan isi rumah penerima tidak boleh melebihi RM1,169 dalam sistem Penghasilan Gross Kasar (PGK) Miskin Tegar, yang berdasarkan semakan silang dengan agensi pendapatan.
KATEGORI PENERIMA BANTUAN RM1200 MYSARA
Berikut merupakan kategori yang layak menerima Bantuan MySARA 2024 :
KATEGORI | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
STR Miskin Tegar | RM1200 |
STR Miskin | RM1200 |
STR Isi Rumah | RM300 |
STR Bujang | RM150 |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN RM1200 MYSARA
Berikut adalah kaedah pembayaran Bantuan MySARA yang akan disalurkan pada 2024 :
KAEDAH BAYARAN |
---|
Disalurkan melalui MyKad penerima sebanyak RM100 setiap bulan bermula Januari 2024 |
CARA PEMBELIAN MYSARA
Berikut merupakan cara-cara pembelian menggunakan Bantuan MySARA, seperti di bawah :
- Pilih barangan keperluan berdasarkan 10 kategori seperti di bawah yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak Masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mee segera.
- Minuman.
- Makanan dalam tin.
- Bahan perasa.
- Tunjuk Mykad kepada juruwang untuk menyemak pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas kod barangan yang dipilih.
- Bayaran adalah menggunakan Mykad (masukkan 6 digit Nombor Pin anda).
- Simpan resit selepas pembelian untuk menyemak transaksi pembelian.
*Untuk mengetahui kedai atau pasaraya terpilih berhampiran anda, sila semak senarai di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx?lang.
PERMOHONAN BANTUAN RM1200 MYSARA
Untuk mengetahui cara mengemukakan permohonan eKasih, anda boleh rujuk di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.
- Pendaftaran penerima My Kasih akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih.
- Berdasarkan data yang diambil daripada pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) serta sistem e-Kasih. Maklumat ini kemudiannya akan disemak sekali lagi dengan data daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Anda perlu mengenalpasti dan buat semakan pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu RM1,500 untuk bandar atau RM1,000 untuk luar bandar sebulan.
- Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).
*Untuk makluman, berdasarkan kaedah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tiada permohonan diperlukan kerana kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data miskin tegar eKasih.
RUJUKAN
Sila rujuk pihak berwajib di bawah, sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau masalah berkaitan Bantuan MySARA.
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
- Emel : info@mykasih.com.
permohonan baru a.kssih
permohonan baru a.kssih
permohonan bantuan str baru 2024
Permohonan baru e- kasih
Saya nak memohon E-kasih
Saya ingin memohon e kasih
saya nak bantuan rahmah .barang dapur
sya nk buat permohonan baru e kasih
,
Sy nak buat permohonan e kasih