PERMOHONAN KAD DISKAUN MENU RAHMAH 2024 : DAFTAR ONLINE

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PERMOHONAN KAD DISKAUN MENU RAHMAH 2024 : DAFTAR ONLINE

Bermula pada 31 Januari lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) bersama Private Driven Initiative telah malancarkan inisiatif Menu Rahmah kepada 15,000 premis menjual makanan. Usaha berkenaan bertujuan untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Bagaimanakah cara permohonan online kad diskaun menu rahmah 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : KEMASKINI STR : CARA UPDATE MAKLUMAT ONLINE

APA ITU KAD DISKAUN MENU RAHMAH

Kad Diskaun Menu Rahmah merupakan sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh KPDN yang menawarkan diskaun sebanyak 40% bagi pembelian barangan keperluan perniagaan (bagi premis makanan yang berdaftar mempunyai menu rahmah) dengan kerjasama 6 pasaraya (AEONBIG, MYDIN, NSK, GIANT, LOTUS’S dan ECONSAVE).

SYARAT PERMOHONAN

Peniaga atau pemilik perniagaan mestilah mematuhi syarat-syarat kelayakan untuk Kad Diskaun Menu RAHMAH 2024 seperti di bawah :

  • Individu Pemohon :
    • Warganegara Malaysia.
    • Berdaftar sebagai Pengusaha Menu RAHMAH.
  • Premis Perniagaan :
    • Status Enterprise (semenanjung Malaysia).
    • Berdaftar dengan PBT (Sabah / Sarawak).
  • Lain-lain Syarat :
    • Tempoh pelaksanaan Menu RAHMAH sekurang-kurangnya 6 bulan.
    • Menawarkan Menu RAHMAH berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan.

PREMIS YANG MENAWARKAN MENU RAHMAH

Untuk mengetahui premis-premis yang menawarkan Menu RAHMAH, anda boleh rujuk carian premis berhampiran anda di sini :

https://menurahmah.kpdn.gov.my/.

*Carian mengikut jenis menu (di Restoran / Kafe, Restoran Perkhidmatan Segera atau Medan Selera / Gerai) dan Carian mengikut negeri.

PERMOHONAN KAD DISKAUN MENU RAHMAH

CARA PERMOHONAN KAD DISKAUN MENU RAHMAH 2024 ONLINE.

  1. Sila layari Portal Utama Menu Rahmah KPDN; atau klik pada pautan di sini : https://menurahmah.kpdn.gov.my/login_masuk.

  2. Anda akan dipaparkan bahagian [Log Masuk].

  3. Sekiranya anda belum berdaftar, sila [Klik Di Sini!].

  4. Isikan [Maklumat Pemohon] dan [Maklumat Keselamatan].

  5. Kemudian, klik [Hantar].

  6. ‘Pendaftaran telah berjaya’ sila [Log Masuk] kembali.

  7. Lengkapkan semua maklumat dengan tepat dan betul.

  8. Klik pada bahagian [Daftar Kad Diskuan Khas].

  9. Seterusnya, klik [Hantar].

  10. Permohonan anda telah berjaya di hantar.

  11. Selesai.

DAFTAR DIREKTORI MENU RAHMAH

Selepas berjaya mendaftar Kad Diskaun Khas, anda perlu mendaftar Direktori Menu Rahmah. Ikuti langkah berikut :

  1. Klik pada pautan di sini : https://menurahmah.kpdn.gov.my/daftar.
  2. Isikan Nama Restoran, Jenis Restoran, alamat dan semua maklumat yang diperlukan dengan tepat dan betul.
  3. Kemudian, masukkan Kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Klik [Hantar].
  5. ‘Direktori Menu Rahmah anda telah berjaya’.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat di atas sahaja untuk mudahkan carian anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau masalah, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian : 603 8882 5903/5920/6938
  • E-mel : menurahmah@kpdn.gov.my

Leave a Comment