KEMASKINI STR 2024 : CARA UPDATE MAKLUMAT ONLINE
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 perlu dikemaskini maklumat supaya tiada keciciran data berlaku. Kategori isi rumah, bujang dan warga emas juga perlu kemaskini permohonan lama secara atas talian (online) sahaja.
Bagaimanakah cara kemaskini maklumat str 2024 online? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN TUNAI RAHMAH : PERMOHONAN BARU & KEMASKINI
TARIKH BAYARAN STR 2024
Berikut adalah tarikh pembayaran secara berfasa seperti di bawah :
FASA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | Februari 2024 |
Fasa 2 | April 2024 |
Fasa 3 | Ogos 2024 |
Fasa 4 | November 2024 |
KADAR BANTUAN STR 2024
Berikut merupakan kadar bayaran keseluruhan Bantuan STR 2024 mengikut kategori seperti di bawah :
- Isi Rumah :
PENDAPATAN ISI RUMAH | KADAR BANTUAN |
---|---|
RM2,500 dan ke bawah | RM1,000 – RM2,500 (bergantung bilangan tanggungan) |
RM2,501 – RM5,000 | RM500 – RM1,250 (bergantung bilangan tanggungan) |
- Bujang :
PENDAPATAN INDIVIDU | KADAR BANTUAN |
---|---|
RM2,500 dan ke bawah | RM350 |
- Warga Emas :
PENDAPATAN INDIVIDU | KADAR BANTUAN |
---|---|
Bawah RM5,000 | RM600 |
KEMASKINI STR 2024
CARA KEMASKINI STR 2024 ONLINE.
- Sila layari Portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah MySTR; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.
- Klik butang [Log Masuk] untuk membuat kemaskini permohonan.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan [No MyKad].
- Kemudian klik [Semak].
- Klik [Ya] jika Kata kunci keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan pemohon dengan betul.
- Anda akan dipaparkan pada halaman utama mySTR.
- Klik pada [Kemas Kini Permohonan].
- Isikan semua maklumat yang perlu dikemaskini dengan tepat.
- Masukkan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Kemudian, tekan butang [Muat naik].
- Klik butang [Teruskan].
- Masukkan kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan dan tekan [SAHKAN CAPTCHA].
- Tandakan [/] pada kotak perakuan.
- Seterusnya, tekan pada butang [Hantar].
- ‘Permohonan anda telah berjaya dikemaskini’.
- Selesai.
RUJUKAN
Sila rujuk pihak berwajib di bawah sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan MySTR :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MoF : 03-8882 4565 / 4566
- E-mel : str@mof.gov.my