BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024 : PERMOHONAN BARU & KEMASKINI

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024 : PERMOHONAN BARU & KEMASKINI

Permohonan baru dan kemaskini Bantuan Tunai Rahmah 2024 telah dibuka. Individu yang belum pernah memohon, boleh kemukakan permohonan secara online dan individu yang pernah memohon disarankan untuk mengemaskini permohonan yang lama supaya tiada berlaku keciciran data.

Bagaimanakah cara permohonan baru dan kemaskini bantuan tunai rahmah 2024? Ikuti info lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN STR ONLINE : PENDAFTARAN BAHARU

KATEGORI BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024

Berikut merupakan kategori yang perlu membuat kemaskini dan membuat permohonan baru :

  • Isi Rumah.
  • Bujang.
  • Warga Emas.

*Individu atau isi rumah yang ada perubahan data perlu mengemaskini permohonan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan setiap kategori seperti di bawah :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Status berkahwin (ada atau tiada anak)
    • Balu / janda / duda yang mempunyai anak.
    • Pasangan warganegara Malaysia.
    • Pendapatan isi rumah : RM2,500 kebawah (B40). Rm2,501 hingga RM5,000 (M50).
  • Kategori Bujang :
    • Status belum berkahwin / balu / janda / duda (tiada anak).
    • Had umur 21 tahun dan ke atas.
    • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.
    • Pendapatan individu RM2,500 ke bawah.
  • Kategori Warga Emas :
    • Had umur 60 tahun ke atas
    • Status bujang / balu / janda / duda (tiada tanggungan)
    • Pendapatan kasar RM5,000 ke bawah.

PERMOHONAN BAHARU BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024

CARA PERMOHONAN BAHARU BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024 ONLINE.

  1. Klik pada pautan portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.

  2. Klik butang [Permohonan Baharu STR] untuk membuat permohonan.

  3. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan pada bahagian [Maklumat Pemohon].

  4. Jika status berkahwin, sila isikan [Maklumat Pasangan] dengan lengkap.

  5. Isikan [Maklumat Anak] jika ada.

  6. Pilih [Maklumat Waris] yang diperlukan.

  7. Kemudian, klik butang [Teruskan].

  8. Seterusnya, isi kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan.

  9. Klik pada butang [SAHKAH CAPTCHA].

  10. Kemudian, [Perakuan Pemohon] akan dipaparkan.

  11. Tandakan pada kotak [/] perakuan.

  12. Klik butang [Hantar].

  13. ‘Permohonan anda berjaya dihantar’.

  14. Selesai.

*PERHATIAN : Sekiranya data tidak wujud dalam sistem, sila hadir ke LHDNM berhampiran dan sila bawa dokumen sokongan yang diperlukan.

DOKUMEN SOKONGAN

Berikut merupakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk mengemukakan permohonan baru :

  • Pemohon
    • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh JAIN / JPN; atau
    • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
    • Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh JAIN / JPN; atau
    • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah.
  • Pasangan
    • Salinan pengenalan pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
    • Salinan pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan / Sijil lahir /
    • KP lama.
  • Anak
    • Anak Kandung Salinan MyKad / MyKID dan Salinan Sijil Lahir
    • yang dikeluarkan oleh JPN; atau
    • Anak Angkat Salinan MyKad / MyKID dan Salinan Sijil Daftar
    • Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN.

KEMASKINI BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024

Ikuti cara kemaskini Bantuan Tunai Rahmah 2024 secara online seperti di bawah berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi MySTR.
  2. Klik butang [Log Masuk] untuk membuat kemaskini permohonan.
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan [No MyKad].
  4. Kemudian klik [Semak].
  5. Klik [Ya] jika Kata kunci keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan pemohon dengan betul.
  7. Anda akan dipaparkan pada halaman utama mySTR.
  8. Klik pada [Kemas Kini Permohonan].
  9. Isikan semua maklumat yang perlu dikemaskini dengan tepat.
  10. Masukkan dokumen sokongan yang diperlukan.
  11. Kemudian, tekan butang [Muat naik].
  12. Klik butang [Teruskan].
  13. Masukkan kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan dan tekan [SAHKAN CAPTCHA].
  14. Tandakan pagi kotak perakuan [/].
  15. Seterusnya, tekan pada butang [Hantar].
  16. Permohonan anda telah berjaya dikemaskini.
  17. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda ingin mengajukan sebarang soalan, boleh ajukkan kepada pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MoF : 03-8882 4565 / 4566
  • E-mel : str@mof.gov.my

1 thought on “BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024 : PERMOHONAN BARU & KEMASKINI”

Leave a Comment