PERMOHONAN STR 2024 ONLINE : PENDAFTARAN BAHARU
TERKINI : Seramai 60 peratus rakyat dewasa Malaysia yang layak akan menerima bantuan wang tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan ini disalurkan secara berfasa dan berperingkat dengan nilai mengikut kategori kelayakan yang telah ditetapkan.
Bagaimanakah cara pendaftaran permohonan baharu str 2024 secara online? Ikuti info lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN PEKEBUN KECIL GETAH : CHECK STATUS KELULUSAN
KATEGORI PENERIMA STR 2024
Kategori yang layak menerima Bantuan STR 2024 adalah Isi Rumah B40 dan M40, Warga Emas dan Bujang yang menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
SYARAT KELAYAKAN STR 2024 ONLINE
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh setiap kategori seperti di bawah :
- Isi Rumah :
- Warganegara Malaysia.
- Had umur 21 tahun ke atas.
- Status berkahwin (ada atau tiada anak/tanggungan).
- Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 (bagi kategori B40) dan RM2,501 sehingga RM5,000 (bagi kategori M40).
- Warga Emas :
- Warganegara Malaysia.
- Had umur 60 dan ke atas.
- Bujang / Balu / Janda / Duda (tiada tanggungan).
- Pendapatan kasar bawah RM5,000 sebulan.
- Bujang :
- Warganegara Malaysia.
- Had umur 21 hingga 59 tahun.
- Bujang belum berkahwin / Balu / Janda / Duda (tiada anak).
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah.
NILAI BANTUAN STR 2024
Berikut merupakan jumlah keseluruhan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mengikut kategori seperti di bawah :
- Isi Rumah :
PENDAPATAN ISI RUMAH | NILAI BANTUAN |
---|---|
RM2,500 dan ke bawah (B40) | RM1,000 hingga RM2,500 (bergantung bilangan anak) |
RM2,501 hingga RM5,000 (M40) | RM500 hingga RM1,250 (bergantung bilangan anak) |
- Warga Emas :
PENDAPATAN INDIVIDU | NILAI BANTUAN |
---|---|
RM5,000 dan ke bawah | RM600 |
- Bujang :
PENDAPATAN | NILAI BANTUAN |
---|---|
RM2,500 dan ke bawah | RM350 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR 2024
Berikut merupakan tarikh pembayaran mengikut fasa seperti di bawah :
FASA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
FASA 1 | Februari 2024 |
FASA 2 | April 2024 |
FASA 3 | Ogos 2024 |
FASA 4 | November 2024 |
PERMOHONAN STR 2024 ONLINE
CARA PERMOHONAN BAHARU SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2024 ONLINE.
- Sila layari Portal rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MySTR; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.
- Klik butang [Permohonan Baharu STR] untuk membuat permohonan.
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan pada bahagian [Maklumat Pemohon].
- Jika status berkahwin, sila isikan [Maklumat Pasangan] dengan lengkap.
- Isikan [Maklumat Anak] jika ada.
- Pilih [Maklumat Waris] yang diperlukan.
- Kemudian, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik pada butang [SAHKAH CAPTCHA].
- Kemudian, [Perakuan Pemohon] akan dipaparkan.
- Tandakan pada kotak [/] perakuan.
- Tekan [Hantar].
- Permohonan anda berjaya dihantar.
- Selesai.
*PERHATIAN : Sekiranya data tidak wujud dalam sistem, sila hadir ke LHDNM berhampiran.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan MySTR, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MoF : 03-8882 4565 / 4566
- E-mel : str@mof.gov.my
Permohonan bantuan kerajaan malays