SEMAKAN BANTUAN PEKEBUN KECIL GETAH 2023 : CHECK STATUS KELULUSAN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAKAN BANTUAN PEKEBUN KECIL GETAH 2023 : CHECK STATUS KELULUSAN

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA, Ahmad Zainal Abdullah berkata, bermula pada November 2023 ini semua pekebun kecil dan penoreh yang berdaftar dengan RISDA bakal menerima Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM800.

Bagaimanakah cara semakan kelulusan bantuan pekebun kecil getah 2023? Ikuti info lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN STR BUJANG : DAFTAR BARU ONLINE

APA ITU BANTUAN PEKEBUN KECIL GETAH

Bantuan pekebun kecil getah ialah Bantuan Musim Tengkujuh yang diperkenalkan oleh RISDA untuk membantu meringankan bebanan dalam menghadapi bencana hujan / banjir oleh kerana tidak dapat melakukan aktiviti berkebun seperti biasa. Bantuan BMT adalah sebanyak RM800 dan akan disalurkan secara ansur selama tempoh 4 bulan.

TARIKH BAYARAN BANTUAN PEKEBUN KECIL GETAH

Berikut merupakan tarikh pembayaran yang akan dikreditkan selama tempoh 4 bulan kepada penerima yang layak seperti di bawah :

TARIKH BAYARANJUMLAH
November 2023RM200
Disember 2023RM200
Januari 2024RM200
Februari 2024RM200
*Tarikh tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan antara syarat-syarat kelayakan bagi Pekebun Kecil dan Penoreh yang ditetapkan, seperti di bawah :

PEKEBUN KECILPENOREH GETAH
-Warganegara Malaysia.
-Pekebun kecil yang berdaftar
dengan RISDA.
-Mempunyai jumlah keluasan
milikan tanah antara 0.1
hingga 2.5 hektar.
-Pemilik tanah yang sah.
-Warganegara Malaysia.
-Penoreh yang berdaftar
dengan RISDA.
-Menoreh di lot berkeluasan
0.1 hingga 2.5 hektar.
-Mendapat pengesahan
daripada pemilik tanah.
-Mempunyai Kad Permit
Autoriti Getah (PAT-G)
atau Slip Pengaktifan
PAT-G yang
masih sah ketika
permohonan dibuat.
*1 lot tanah hanya seorang penoreh / penama sahaja yang layak menerima bantuan.

SEMAKAN BANTUAN PEKEBUN KECIL GETAH

CARA SEMAKAN BANTUAN PEKEBUN KECIL GETAH 2023 ONLINE.

  1. Sila layari portal rasmi Pekebun Kecil RISDA; atau klik pautan di sini : https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama.

  2. Klik pada butang [Log Masuk].

  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon dan Kata laluan dengan betul.

  4. Kemudian, klik [Log Masuk].

  5. Pergi ke menu [Profil BMT].

  6. Paparan akan menunjukkan seperti di bawah :

    [Maklumat Pemohon]
    [Maklumat Tanah]
    [Akaun Penerima]
    [Dokumen Sokongan]
    [Status].

  7. Sila klik di bahagian [Status].

  8. Jika paparan menunjukkan [Status Dalam Proses Pengesahan] ini bermakna permohonan dalam proses semakan dan kelulusan permohonan oleh Pejabat RISDA di mana pilihan telah dibuat.

  9. Jika paparan menunjukkan Status [Lulus / Gagal] itu bermakna keputusan permohonan BMT.

  10. Sekiranya semakan BMT anda berstatus ‘Lulus’, maka anda akan menerima duit bantuan mengikut tarikh dan jadual yang ditetapkan oleh pihak RISDA.

  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat di atas untuk memudahkan carian anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan BMT, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian hotline RISDA : 03 42510171
  • Emel : webmaster@risda.gov.my

Leave a Comment