PERMOHONAN STR BUJANG 2024 : DAFTAR BARU ONLINE
Sumbangan Tunai Rahmah atau singkatanya STR merupakan inisiatif bantuan dalam bentuk tunai oleh kerajaan untuk membantu meringankan bebanan rakyat Malaysia dalam semua kategori termasuk bujang. Permohonan baru kini dibuka untuk pendaftaran secara online.
Bagaimanakah cara permohonan baru str bujang secara online 2024? Ikuti info lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA : SEMAKAN & PERMOHONAN ONLINE
JUMLAH BANTUAN BUJANG 2024
Berikut merupakan jumlah bantuan untuk kategori bujang bagi tahun 2024 :
JUMLAH BANTUAN BUJANG 2024 |
---|
RM350 (STR) |
RM150 (SARA) |
JUMLAH KESELURUHAN RM500 |
KAEDAH BAYARAN
Berikut merupakan kaedah pembayaran bantuan bagi kategori bujang, seperti di bawah :
BANTUAN STR | BANTUAN SARA |
---|---|
Dikreditkan ke dalam akaun bank secara berfasa dan berperingkat. | Dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak. |
JADUAL BAYARAN STR BUJANG 2024
Pembayaran Bantuan STR adalah secara berfasa seperti berikut :
FASA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
FASA 1 | Februari 2024 |
FASA 2 | April 2024 |
FASA 3 | Ogos 2024 |
FASA 4 | November 2024 |
KRITERIA KELAYAKAN BUJANG
Berikut merupakan kriteria kelayakan yang ditetapkan bagi penerima kategori bujang :
- Warganegara Malaysia.
- Had umur 21 hingga 59 tahun.
- Bujang belum berkahwin / Janda / Duda / Balu yang tidak mempunyai anak.
- Berpendapatan individu RM2,500 ke bawah setiap bulan.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
PERMOHONAN STR BUJANG 2024
CARA PERMOHONAN BARU BANTUAN STR BUJANG 2024 ONLINE.
- Sila layari Portal rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MySTR; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.
- Klik butang [Permohonan Baharu STR 2024] untuk membuat permohonan baru.
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan pada bahagian [Maklumat Pemohon].
- Sila pilih status sebagai [Bujang].
- Kemudian, muat naik dokumen yang diperlukan; seperti gambar Mykad pemohon.
- Klik butang [Muat naik].
- Pilih [Maklumat Waris] jika ada.
- Kemudian, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik pada butang [SAHKAH CAPTCHA].
- Kemudian, [Perakuan Pemohon] akan dipaparkan.
- Tandakan pada kotak [/] perakuan.
- Tekan butang [Hantar].
- ‘Permohonan anda telah berjaya dihantar’.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan MySTR, sil rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MoF : 03-8882 4565 / 4566
- E-mel : str@mof.gov.my