BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 2023 : SEMAKAN & PERMOHONAN ONLINE

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 2023 : SEMAKAN & PERMOHONAN ONLINE

Permohonan BMT 2023 dibuka bermula 15 Jun 2023 sehingga 15 September 2023. Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang layak boleh memohon dan mengemaskini maklumat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 di Portal Pekebun Kecil RISDA.

Bagaimanakah cara semakan permohonan online bantuan musim tengkujuh RISDA 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN : DOWNLOAD / MUAT TURUN PDF

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan bagi pekebun kecil dan penoreh :

  1. Pekebun Kecil :
    • Warganegara Malaysia.
    • Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
    • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar.
    • Pemilik tanah yang sah.
    • 1 lot tanah hanya seorang pemilik / penama sahaja yang layak menerima bantuan.
  2. Penoreh :
    • Warganegara Malaysia.
    • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA.
    • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar.
    • Mendapat pengesahan daripada pemilik tanah.
    • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) atau Slip Pengaktifan PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat.
    • 1 lot tanah hanya seorang penoreh / penama sahaja yang layak menerima bantuan.

JUMLAH BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA

Berikut merupakan jumlah Bantuan (BMT) RISDA 2023, seperti di bawah :

JUMLAH BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)
RM800
*Akan dikreditkan secara beransur selama tempoh 4 bulan sebanyak RM200 sebulan.

TARIKH BAYARAN

Berikut merupakan senarai tarikh pembayaran yang akan dibuat oleh RISDA selama tempoh 4 bulan :

TARIKH BAYARANJUMLAH
November 2023RM200
Disember 2023RM200
Januari 2024RM200
Februari 2024RM200
*Tarikh akan dikemaskini selepas diumumkan secara rasmi nanti.

SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA

Ikuti cara semakan Bantuan Musim Tengkujuh (untuk melihat status kelulusan atau bayaran) secara online seperti di bawah berikut :

  1. Sila layari portal rasmi Pekebun Kecil RISDA; atau klik pautan di sini : https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama.
  2. Tekan [Log Masuk].
  3. Isi Nombor Kad Pengenalan.
  4. Isi Kata Laluan.
  5. Tekan butang [Log Masuk].
  6. Pergi menu [Profil BMT].
  7. Paparan akan menunjukkan seperti di bawah.
  8. Maklumat Pemohon.
  9. Maklumat Tanah.
  10. Akaun Penerima.
  11. Dokumen Sokongan.
  12. Status.
  13. Sila lihat di bahagian [Status].
  14. Jika paparan menunjukkan Status Dalam Proses Pengesahan ini bermakna permohonan dalam proses semakan dan kelulusan permohonan oleh Pejabat RISDA di mana pilihan telah dibuat.
  15. Jika paparan menunjukkan Status Lulus / Gagal itu bermakna keputusan permohonan BMT.
  16. Sekiranya semakan BMT anda berstatus lulus, maka anda akan menerima duit bantuan mengikut tarikh dan jadual yang ditetapkan oleh pihak RISDA.
  17. Selesai.

PERMOHONAN ONLINE BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA

  1. Pergi ke pautan portal rasmi Pekebun Kecil RISDA.
  2. Klik [ Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon serta Kata Laluan dengan betul dan tekan [Log Masuk].
  4. Atau sekiranya anda belum pernah mendaftar sila klik [Daftar Pengguna].
  5. Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan yang disediakan dan tekan [Carian].
  6. Sila isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
  7. Baca dengan teliti sebelum tanda pada kotak perakuan [/].
  8. Klik butang [Hantar].
  9. Selepas selesai membuat pendaftaran, sila [Log Masuk] kembali untuk membuat permohonan.
  10. Seterusnya, klik [Mohon Bantuan BMT].
  11. Sekiranya maklumat anda tidak lengkap, sila tekan [Sila Lengkapkan Profil Pengguna & Profil Tanah Anda].
  12. Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  13. Klik pada butang [Seterusnya].
  14. Tandakan bahagian Pengesahan permohonan Bantuan BMT [/].
  15. Klik [Hantar] dan akan dipaparkan ‘Permohonan Anda Telah Berjaya Dihantar’.
  16. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan di BMT, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian hotline RISDA : 03 42510171
  • Emel : webmaster@risda.gov.my

Leave a Comment