PERMOHONAN BANTUAN TUNAI RM2500 2024 : DAFTAR ONLINE
Kadar Bantuan Tunai bagi tahun 2024 akan dinaikkan sebanyak RM2,500 kepada penerima yang layak mengikut kategori yang ditetapkan. Seramai 60 peratus daripada rakyat Malaysia yang memohon Bantuan Tunai. Bantuan ini akan dikreditkan secara berperingkat dan berfasa.
Bagaimanakah cara permohonan bantuan tunai rm2,500 secara online 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN SARA RM1200 : CHECK STATUS
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN TUNAI RM2500 2024
Berikut merupakan tarikh permohonan baru Bantuan Tunai bagi tahun 2024 adalah seperti di bawah :
TARIKH PERMOHONAN |
---|
Dibuka seawal 1 November 2023 (akan dibuka sepanjang tahun) |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI
Untuk kemukakan permohonan, mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan (mengikut kategori) seperti berikut :
- Isi Rumah :
- Warganegara Malaysia.
- Status berkahwin (ada atau tiada anak).
- Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 hingga RM5,000.
- Warga Emas :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Bujang / balu / janda / duda yang tiada anak.
- Pendapatan kasar kurang dari RM5,000 sebulan.
- Bujang :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 21 hingga 59 tahun.
- Bujang / balu / janda / duda yang tiada anak.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2,500 dan ke bawah.
AMAUN BANTUAN TUNAI 2024
Keseluruhan amaun Bantuan Tunai 2024 akan disalurkan mengikut kategori seperti berikut :
KATEGORI | AMAUN BANTUAN TUNAI | BIL. PENERIMA |
---|---|---|
Isi Rumah <RM2,500 | -RM1,000 (Tiada anak). -RM1,500 (1-2 anak). -RM2,000 (3-4 anak). -RM2,500 (5 ke atas). | 3.1j |
Isi Rumah RM2,501 – RM5,000 | -RM500 (Tiada anak). -RM750 (1-2 anak). -RM1,000 (3-4 anak). -RM1,250 (5 ke atas). | 1.0j |
Warga Emas Tiada pasangan | RM600 | 1.3j |
Bujang <RM2,500 | RM350 | 3.3j |
FASA BAYARAN BANTUAN TUNAI 2024
Pembayaran Bantuan Tunai adalah mengikut fasa seperti di bawah berikut :
FASA BAYARAN | TARIKH |
---|---|
FASA 1 | Februari 2024 |
FASA 2 | April 2024 |
FASA 3 | Ogos 2024 |
FASA 4 | November 2024 |
PERMOHONAN BANTUAN TUNAI RM2500 2024
Ikuti cara permohonan Bantuan Tunai 2024 secara online seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) 2024.
- Klik butang [Permohonan Baharu STR 2024] untuk membuat permohonan baru.
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan pada bahagian [Maklumat Pemohon].
- Jika status berkahwin, sila isikan [Maklumat Pasangan] dengan lengkap.
- Isikan [Maklumat Anak] jika ada.
- Pilih [Maklumat Waris] yang diperlukan.
- Kemudian, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik pada butang [SAHKAH CAPTCHA].
- Kemudian, [Perakuan Pemohon] akan dipaparkan.
- Tandakan pada kotak [/] perakuan.
- Tekan [Hantar].
- Permohonan anda berjaya dihantar.
- Selesai.
*PERHATIAN : Sekiranya data tidak wujud dalam sistem, sila hadir ke LHDNM berhampiran.
DOKUMEN SOKONGAN
Berikut merupakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk mengemukakan permohonan baru :
- Pemohon :
- Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh JAIN / JPN; atau
- Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh JAIN / JPN; atau
- Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah.
- Pasangan :
- Salinan pengenalan pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
- Salinan pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan / Sijil lahir / KP lama.
- Anak :
- Anak Kandung Salinan MyKad / MyKID dan Salinan Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Anak Angkat Salinan MyKad / MyKID dan Salinan Sijil Daftar.
- Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau masalah berkaitan Portal MySTR, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MoF : 03-8882 4565 / 4566
- E-mel : str@mof.gov.my
Bantu saya mohon permohonan baru untuk tahun 2024.serta nk buat semakan untuk tahun 2023 sebab saya tak boleh login str.harap bantu saya.boleh call saya di 0183803385.str 2023 saya tak tahu berapa status permohonan saya dapat