BORANG KEMASKINI STR 2024 : DOWNLOAD / MUAT TURUN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BORANG KEMASKINI STR 2024 : DOWNLOAD / MUAT TURUN

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diteruskan pada tahun 2024, malah akan dinaikkan kadar bantuan. Justeru kerajaan menyeru kepada semua penerima STR yang lepas (kecuali warga emas dan pedalaman Sabah / Sarawak) untuk membuat kemaskini maklumat terbaru.

Bagaimanakah cara muat turun borang kemaskini str 2024? Ikuti penjelasan selanjutnya di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN TUNAI RM2500 : DAFTAR ONLINE

AMAUN STR 2024

Berikut merupakan amaun keseluruhan bantuan STR bagi tahun 2024 mengikut kategori yang ditetapkan seperti di bawah :

  • Kategori isi rumah :
PENDAPATAN ISI RUMAH / BILANGAN ANAKTiada Anak1-2 Orang Anak3-4 Orang Anak5 Orang ke atas
RM2,500 dan ke bawahRM1,000RM1,500RM2,000RM2,500
RM2,501 hingga RM5,000RM500RM750RM1,000RM1,250
  • Kategori Warga Emas :
PENDAPATAN INDIVIDUAMAUN BANTUAN
RM5,000 dan ke bawahRM600
  • Kategori Bujang :
PENDAPATAN INDIVIDUAMAUN BANTUAN
RM2,500 dan ke bawahRM350
*Bagaimanapun, bantuan STR akan disalurkan secara berfasa.

TARIKH FASA STR 2024

Berikut merupakan tarikh bayaran STR 2024 mengikut fasa seperti di bawah :

FASATARIKH
FASA 1Februari 2024
FASA 2April 2024
FASA 3Ogos 2024
FASA 4November 2024
*Tarikh yang betul akan diupdate dari semasa ke semasa.

AMAUN STR 2024 FASA 1

STR fasa 1 akan dikreditkan mengikut kategori seperti amaun di bawah :

  • Kategori isi rumah :
PENDAPATAN ISI RUMAH / BILANGAN ANAKTiada anak1-2 orang anak3-4 orang anak5 orang ke atas
RM2,500 dan ke bawahRM500RM500RM500RM500
RM2,501 hingga RM5,000RM100RM150RM250RM300
  • Kategori Warga Emas :
AMAUN FASA 1 WARGA EMAS
RM150
  • Kategori Bujang :
AMAUN FASA 1 BUJANG
RM100

KAEDAH PENGHANTARAN BORANG KEMASKINI STR 2024

  • Muat naik secara dalam talian di Portal Rasmi STR semasa kemas kini permohonan atau permohonan baharu; atau
  • Hadir ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) / Pejabat Satelit HASiL / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
  • Dokumen dan borang yang telah lengkap diisi diposkan ke Alamat Kementerian Kewangan.

BORANG KEMASKINI STR 2024 ONLINE

Ikuti cara kemaskini STR 2024 secara online seperti di bawah berikut :

  1. Sila layari Portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah MySTR LHDNM.
  2. Klik butang [Log Masuk] untuk membuat kemaskini permohonan.
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan [No MyKad].
  4. Kemudian klik [Semak].
  5. Klik [Ya] jika Kata kunci keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan pemohon dengan betul.
  7. Anda akan dipaparkan pada halaman utama mySTR.
  8. Klik pada [Kemas Kini Permohonan].
  9. Isikan semua maklumat yang perlu dikemaskini dengan tepat.
  10. Masukkan dokumen sokongan yang diperlukan.
  11. Kemudian, tekan butang [Muat naik].
  12. Klik butang [Teruskan].
  13. Masukkan kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan dan tekan [SAHKAN CAPTCHA].
  14. Tandakan [/] pada kotak perakuan.
  15. Seterusnya, tekan pada butang [Hantar].
  16. ‘Permohonan anda telah berjaya dikemaskini’.
  17. Selesai.

RUJUKAN

Untuk sebarang pertanyaan atau masalah, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • E-mel : str@mof.gov.my
  • Laman Web : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Alamat : Kementerian Kewangan, Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Leave a Comment