PERMOHONAN BANTUAN TUNAI RAHMAH RM500 BUJANG 2024
Bermula pada tahun 2024, kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan tunai kepada gologan bujang melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sehingga RM500. Bantuan ini bertujuan untuk membantu golongan bujang dalam menghadapi isu kos sara hidup yang semakin tinggi.
Bagaimanakah cara permohonan bantuan tunai rahmah bujang rm500 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : BORANG KEMASKINI STR : DOWNLOAD / MUAT TURUN
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN TUNAI RAHMAH BUJANG 2024
Berikut merupakan tarikh permohonan STR dan SARA untuk golongan bujang bagi tahun 2024 seperti di bawah :
TARIKH PERMOHONAN STR | TARIKH PERMOHONAN SARA |
---|---|
Dibuka bermula 1 November 2023 | Menurut data eKasih dan JKM (Tiada permohonan diperlukan) |
AMAUN BANTUAN TUNAI RAHMAH BUJANG 2024
Berikut merupakan amaun keseluruhan Bantuan Tunai Rahmah kepada kategori bujang seperti di bawah :
AMAUN BANTUAN BUJANG 2024 |
---|
STR : RM350 |
SARA : RM150 |
AMAUN KESELURUHAN : RM500 |
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN BUJANG 2024
Pemohon yang ingin memohon Bantuan Tunai Rahmah Bujang 2024 mestilah memenuhi kriteria kelayakan seperti di bawah berikut :
- Warganegara Malaysia.
- Had umur 21 hingga 59 tahun.
- Bujang belum berkahwin / Janda / Duda / Balu yang tidak mempunyai anak.
- Pendapatan individu RM2,500 dan ke bawah setiap bulan.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
PERMOHONAN BANTUAN TUNAI RAHMAH RM500 BUJANG 2024
Berikut merupakan cara permohonan Bantuan Tunai Rahmah bagi kategori bujang 2024 seperti di bawah :
- Sila layari portal rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MySTR LHDNM [Di sini].
- Klik butang [Permohonan Baharu STR 2024] untuk membuat permohonan baru.
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan pada bahagian [Maklumat Pemohon].
- Sila pilih status sebagai [Bujang].
- Kemudian, muat naik dokumen yang diperlukan; seperti gambar Mykad pemohon.
- Klik butang [Muat naik].
- Pilih [Maklumat Waris] jika ada.
- Kemudian, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik pada butang [SAHKAH CAPTCHA].
- Kemudian, [Perakuan Pemohon] akan dipaparkan.
- Tandakan pada kotak [/] perakuan.
- Tekan butang [Hantar].
- ‘Permohonan anda telah berjaya dihantar’.
- Selesai.
RUJUKAN
Untuk sebarang pertanyaan atau masalah, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- E-mel : str@mof.gov.my
- Laman Web : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Alamat : Kementerian Kewangan, Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.