JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2024 : SEMAKAN
Bantuan Tunai Rahmah merupakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia dari segi kewangan. Bantuan Tunai Rahmah akan disalurkan kepada rakyat mengikut fasa selama 4 fasa.
Bagaimanakah cara semakan jumlah bayaran bantuan tunai rahmah fasa 1 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN TUNAI RAHMAH RM500 BUJANG
TARIKH BAYARAN
Berikut merupakan 4 fasa yang akan dibuat mengikut tarikh bayaran yang ditetapkan seperti di bawah :
FASA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
FASA 1 | Februari 2024 |
FASA 2 | April 2024 |
FASA 3 | Ogos 2024 |
FASA 4 | November 2024 |
JUMLAH BAYARAN FASA 1 2024
Pembayaran Bantuan Tunai Rahmah fasa 1 bagi tahun 2024 akan dikreditkan mengikut jumlah seperti di bawah :
- Kategori Isi Rumah :
PENDAPATAN ISI RUMAH / BILANGAN ANAK | Tiada anak | 1-2 orang anak | 3-4 orang anak | 5 orang ke atas |
---|---|---|---|---|
RM2,500 ke bawah | RM500 | RM500 | RM500 | RM500 |
RM2,501-RM5,000 | RM100 | RM150 | RM250 | RM300 |
- Kategori Warga Emas (Tiada pasangan) :
JUMLAH BAYARAN FASA 1 |
---|
RM150 |
- Kategori Bujang :
JUMLAH BAYARAN FASA 1 |
---|
RM100 |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2024
Berikut merupakan kaedah pembayaran Bantuan Tunai Rahmah bagi tahun 2024 seperti di bawah :
ADA AKAUN | TIADA AKAUN |
---|---|
Dikreditkan ke akaun bank penerima secara berperingkat. | Tebus di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). |
SEMAKAN JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2024
Ikuti cara semakan jumlah bayaran Bantuan Tunai Rahmah 2024 seperti di bawah berikut :
- Sila layari portal rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MySTR LHDNM [Di sini].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon (contoh : 82XXXXXXXXXX) di ruangan No MyKad.
- Kemudian, klik [Log Masuk].
- Klik [Semak].
- Sekiranya frasa Keselamatan pemohon adalah betul, sila tekan [Ya].
- Sila masukkan Kata Laluan pemohon dengan betul.
- Seterusnya, klik [Log Masuk].
- Anda akan dipaparkan pada [Halaman Utama Portal].
- Kemudian, klik pada butang [Semakan].
- Seterusnya, klik pada [Maklumat Pembayaran].
- Anda akan dipaparkan maklumat pembayaran fasa 1.
- Selesai.
RUJUKAN
Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Portal MySTR, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- E-mel : str@mof.gov.my
- Laman Web : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Alamat : Kementerian Kewangan, Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya