REGISTER SKIM PERUBATAN MADANI 2023 : DAFTAR & SEMAKAN ONLINE
Bermula 15 September 2023, Kerajaan Malaysia kini telah memberi inisiatif baharu iaitu Skim Perubatan Madani (SPM) dan memperluaskan keseluruh Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membantu golongan B40 untuk menampung keperluan kesihatan bagi kes-kes akut di klinik perubatan swasta (GP) secara percuma.
Bagaimanakah cara register skim perubatan madani secara online? Ikuti penjelasan berikut disini.
BACA JUGA : LOGIN STR : LOG MASUK PORTAL RASMI
APA ITU SKIM PERUBATAN MADANI
Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut). Secara dasar, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI bagi mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.
SENARAI RAWATAN PERCUMA SKIM PERUBATAN MADANI
- Rawatan pesakit luar kes-kes akut seperti :
- Demam, selsema dan batuk.
- Cirit-birit dan muntah.
- Terseliuh.
- Sakit kepala.
- Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain.
- Rawatan yang tidak termasuk adalah :
- Imunisasi rutin.
- Saringan kesihatan.
- Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin.
- Rawatan susulan ibu dan anak rutin.
- Perancangan keluarga rutin.
- Perkhidmatan rehabilitasi.
- Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor.
- Permintaan suplemen.
SYARAT KELAYAKAN
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Warga emas yang tiada pasangan.
- Bujang.
*Kepada yang berkelayakan mendapat Skim Perubatan Madani diwajibkan untuk mengisytiharkan bahawa TIDAK pernah menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti skim ini dari mana-mana agensi perubatan lain/ kerajaan negeri/ majikan.
JUMLAH RAWATAN YANG DITANGGUNG
- Isi Rumah Berkeluarga : Jumlah kos rawatan yang ditanggung adalah sebanyak RM250.
- Warga Emas (60 tahun keatas) yang tiada pasangan : Jumlah kos rawatan yang ditanggung ialah RM125.
- Kategori Bujang (21-59 tahun) dan Bujang berstatus OKU (19-59 tahun) : jumlah kos rawatan ditanggung adalah RM75.
REGISTER SKIM PERUBATAN MADANI
CARA DAFTAR DAN SEMAK SKIM PERUBATAN MADANI SECARA ONLINE.
- Sila semak kelayakan anda di Portal Rasmi Perubatan Madani : https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/.
- Kemudian, klik pada [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan [Nombor MyKad/Mykid/nombor pasport/dokumen pengenalan yang berdaftar].
- Klik pada kotak [I’m not a robot].
- Kemudian, scroll ke bawah dan anda akan dipaparkan status kelayakan anda (Anda LAYAK untuk Skim Perubatan MADANI).
- Sekiranya anda layak, sila tekan [Carian Klinik] untuk melihat klinik berhampiran anda.
- Sila pilih [Negeri] dan [Daerah] mengikut tempat tinggal semasa anda.
- Seterusnya, tekan [Cari Klinik] dan scroll ke bawah.
- Anda akan dipaparkan Nama dan tempat klinik berhampiran anda.
- Sila bawa Kad Pengenalan anda ke klinik berhampiran untuk terima rawatan.
- Had manfaat akan ditolak setelah anda selesai menerima rawatan di klinik perubatan swasta tersebut.
- Selesai.
RUJUKAN
Jika terdapat sebarang pertanyaan dan masalah, anda boleh hubungi talian 03 86872525 atau emelkan ke info@protecthealth.com.my.