PERMOHONAN JAWATAN KONSTABEL POLIS : GRED YA1 (LELAKI/WANITA) PDRM 2023

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PERMOHONAN JAWATAN KONSTABEL POLIS : GRED YA1 (LELAKI/WANITA) PDRM 2023

Rakyat Malaysia yang berkelayakan serta memenuhi syarat yang ditetapkan adalah dijemput untuk memohon Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki/Wanita).

Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman sesawang terkini yang disediakan oleh PDRM iaitu e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia.

Bagaimanakah permohonan jawatan Konstabel Polis 2023? Ikuti penjelasan di sini.

BACA JUGA : CHECK E PENGAMBILAN PDRM : CARA SEMAK STATUS PANGGILAN TERBARU DAN CARA MOHON ONLINE JAWATAN POLIS

TARIKH PERMOHONAN JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YA1

Pengambilan jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki/Wanita) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dibuka mulai 16 Oktober 2023 sehingga 31 Oktober 2023.

SYARAT PERMOHONAN

  • Terdiri dari Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup permohonan secara atas talian.

KELAYAKAN AKADEMIK

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan Gred YA1 : RM1,441.00].
    • Dua (2) kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu (serta lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajara Malaysia dan lulus empat (4) mata pelajaran lain; atau
  • Lulus Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan Gred YA1 : RM1,441.00].
    • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Kod 1104 (sekurang-kurangnya gred ‘C’), mempunyai purata nilai gred kumulatif akademik (sekurang-kurangnya 2.00), purata nilai kumulatif vokasional (sekurangnya 2.67) dan kompeten semua modul vokasional terutamanya dalam bidang kursus seperti berikut:
Bil.KlusterKursus
1.Teknologi Kejuruteraan
Elektrik Dan Elektronik
-Teknologi Elektrik
-Teknologi Elektronik
2.Teknologi Kejuruteraan
Mekanikal dan Pembuatan
-Teknologi Kimpalan
-Teknologi Automotif
3.Teknologi Kejuruteraan Awam-Teknologi Pembuatan
Kayu dan Kemasan
4.Teknologi Kejuruteraan Marin-Teknologi Enjin Marin
-Teknologi Pembuatan Bot
5.Perniagaan-Pengurusan Perniagaan
-Perbankan
-Pemasaran
6.Teknologi Maklumat
dan Komunikasi
-Teknologi Komputer dan
Rangkaian
-Multimedia Kreatif (Anemasi)
-Rekabentuk Grafik Industri
-Sistem Pengurusan
Pengkalan Data dan
Aplikasi Web

atau

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan Gred YA1 : RM1,507.01] atau
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan Gred YA1 : RM1,573.02].

SYARAT KELAYAKAN FIZIKAL

  • Tinggi sekurang-kurangnya 163sm (lelaki) dan 157sm (wanita).
  • Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan 48kg (wanita).
  • Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • Ukuran lilit dada sekurang-kurangnya 81sm (biasa) dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).
  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan alat bantuan penglihatan;
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • Diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

GAJI DAN FAEDAH KONSTABEL POLIS GRED YA1

  1. Gaji permulaan RM1,441.00.
  2. Elaun khidmat.
  3. Elaun Sara Hidup / Bayaran Insentif Wilayah.
  4. Bayaran Insentif Khas PDRM.
  5. Elaun Perumahan.
  6. Lain-lain elaun mengikut jabatan.

DISKRIPSI TUGAS

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di:

  • Jabatan Pengurusan.
  • Cawangan Khas.
  • Jabatan Siasatan Jenayah.
  • Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.
  • Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.
  • Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.
  • Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard.
  • Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.
  • Jabatan Logistik dan Teknologi.
  • Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan pegawai rendah polis dan konstabel adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

PERMOHONAN JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YA1

CARA MEMOHON

Permohonan adalah secara atas talian melalui Portal Rasmi PDRM : https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/.

CARA PERMOHONAN ePENGAMBILAN PDRM

  1. Pergi ke pautan epengambilan di atas.
  2. Kemudian, klik [Pendaftaran Baru].
  3. Isikan semua maklumat yang diperlukan pada ruangan yang disediakan dengan lengkap dan tepat.
  4. Kemudian, klik [Serah].
  5. Tunggu dan semak e-mel anda untuk mengaktifkan akaun.
  6. Sekiranya tiada e-mel diterima, buka semula laman e-Pengambilan dan klik [Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID] untuk tujuan pengaktifan akaun.
  7. Jika akaun anda sudah diaktifkan, anda boleh masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
  8. Kemudian, klik [Log Masuk].
  9. Seterusnya, tekan pada menu [Permohonan Baru] dan klik pada menu [Maklumat Peribadi].
  10. Isikan semua yang bertanda * tentang maklumat diri, keluarga, akademik, dan ko-kurikulum dengan betul dan tepat sebelum kelangkah seterusnya.
  11. Klik pada butang [Simpan].
  12. Dalam tab Permohonan Jawatan, sila pilih jawatan yang ditawarakan dan tekan [Simpan].
  13. Dalam tab Pengesahan, sila pastikan anda memilih setiap pengakuan pemohon.
  14. Kemudian, klik butang [Serah Borang] untuk hantar permohonan.
  15. Selesai.

NOTA : Sekiranya borang telah dihantar, permohonan TIDAK BOLEH DIKEMASKINI. Oleh itu, anda perlu pastikan semua maklumat adalah lengkap dan tepat.

RUJUKAN

Sekiranya terdaoat sebarang pertanyaan atau masalah, anda boleh rujuk Ibu Pejabat PDRM 03 22662222 atau e-mel ke rmp@rmp.gov.my.

Leave a Comment