BANTUAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI : PERMOHONAN (RM60,000)
Pihak kerajaan telah menyediakan Skim Pinjaman Perumahan (Bukan Kakitangan Kerajaan) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada golongan yang kurang berkemampuan dimana ianya bertujuan untuk membantu golongan ini khususnya yang berpendapatan rendah memiliki rumah pertama idaman mereka dengan bayaran yang rendah dan tidak membebankan.
Untuk makluman anda, jika anda berpendapatan rendah, anda kini juga boleh memiliki rumah atas tanah sendiri dengan skim bantuan pinjaman yang begitu rendah iaitu RM198.76 sahaja sebulan.
Bagaimanakah cara untuk memohon bantuan bina rumah atas tanah sendiri? Ikuti penjelasan lanjut di sini cara untuk memohon.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN JKM : CHECK STATUS BAYARAN
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
Berikut adalah antara syarat kelayakan yang diperlukan untuk memohon bantuan ini :
- Berumur tidak kurang dari 21 tahun.
- Individu yang telah berkahwin.
- Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia.
- Bukan kakitangan kerajaan atau pesara kerajaan.
- Pemohon dan pasangan mestilah bekerja dan mempunyai pendapatan tetap.
- Jumlah pendapatan kasar isi rumah adalah antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan.
- Belum mempunyai rumah sendiri.
- Memiliki tanah sendiri atau milik keluarga sendiri.
SYARAT PINJAMAN SKIM BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
Berikut merupakan syarat pinjaman :
- Had pinjaman maksimum adalah RM60,000 (tidak termasuk perlindungan insurans)
- Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman adalah 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
- Caj perkhidmatan sebanyak 2% ke atas pinjaman.
- Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran.
PINJAMAN 2 GENERASI
- Pilihan pinjaman 2 generasi bagi pemohon yang berumur di antara 45 – 70 tahun dengan syarat penama kedua berumur 21 – 35 tahun.
- Berpendapatan minimum RM1,000 dan bukan kakitangan kerajaan.
- Perlindungan insurans hanya untuk generasi kedua sahaja.
- Generasi kedua mestilah anak kandung kepada pemohon.
SYARAT CAGAR TANAH
- Mencagar tanah milik pinjaman atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah.
- Nilai tanah (berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman
- Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun.
- Mendapat kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri.
SYARAT PEMBINAAN RUMAH
- Rumah teres sesebuah setingkat – keluasan lantai 700 – 1,000 kaki persegi, sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.
- Pemohon TIDAK boleh menggunakan pelan sendiri. Diberi pilihan untuk menggunakan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) SAHAJA.
- Perlantikan kontraktor oleh pemohon mestilah seperti berikut:
- Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN.
- Mempunyai Pendaftaran Syarikat dan Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah.
- Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000.
- Memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan.
NOTA : Sila pastikan anda telah membaca dan memahami SYARAT-SYARAT PERMOHONAN yang telah ditetapkan sebelum mengisi borang dan mengemukakan permohonan. TIADA sebarang bayaran yang dikenakan semasa mengemukakan permohonan.
Pihak Kementerian TIDAK pernah membuka mana-mana Pejabat atau Cawangan Daerah atau Negeri bagi menguruskan Skim Pinjaman Perumahan SPP ini.
Borang permohonan adalah PERCUMA dan ianya tidak boleh dijual beli atau dibuat salinan. Pemohon perlu mengemukakan permohonan menggunakan BORANG YANG ASAL SAHAJA yang boleh didapati di Jabatan Perumahan Negara, Putrajaya, Pejabat Wakil Rakyat, Pejabat Daerah/ Tanah yang terdekat, atau memuat turun borang daripada Portal Rasmi JPN.
BANTUAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
CARA PERMOHONAN BANTUAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI.
- Pergi ke Portal Rasmi Jabatan Perumahan Negara.
- Kemudian, klik Borang Permohonan SPP di pautan ini : https://drive.google.com/file/d/1ObJoWVJO7SUv9DyCHXPp3PFwFEyBLnwu/view?pli=1.
- Sila cetak borang tersebut.
- Seterusnya, isikan semua maklumat dengan menggunakan HURUF BESAR.
- Pastikan semua butiran diisi dengan lengkap dan tepat.
- Sila potong mana-mana bahagian yang tidak berkenaan.
- Hanya satu (1) set borang permohonan sahaja yang perlu dikemukakan kepada Jabatan Perumahan Negara seperti alamat yang tertera di muka hadapan.
- Sila Lampirkan Dokumen-Dokumen Sokongan yang diperlukan berdasarkan SENARAI SEMAK PINJAMAN yang disediakan di muka belakang borang.
- Selesai.
**Lampiran yang tidak lengkap boleh menyebabkan Permohonan DITOLAK atau TIDAK AKAN DIPROSES.
RUJUKAN
Untuk makluman lanjut tentang tarikh Permohonan Skim Pinjaman Perumahan untuk golongan Berpendapatan Rendah (SPP) akan diumumkan kelak oleh Jabatan Perumahan Negara. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian 03 8891 4060 atau emel spp@kpkt.gov.my.