SULUNG KPT 2023 : PERMOHONAN & SEMAKAN PENGECUALIAN YURAN IPT B40
Inisiatif Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) yang digerakkan oleh Ahli Parlimen Parit Sulung iaitu Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, yang juga Menteri Pengajian Tinggi wajar diberikan pujian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, SULUNG akan memfokuskan terhadap usaha untuk membantu pelajar B40 yang ahli keluarga mereka tidak pernah menjejakkan kaki ke menara gading.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti artikel yang kami sediakan ini.
BACA JUGA :
CARA BUAT PERMOHONAN BANTUAN PENGECUALIAN YURAN IPT : SULUNG B40
LOGIN CIDB : CARA RENEW CARD ATAU PERBAHARUI KAD HIJAU
APAKAH PROGRAM SULUNG KPT
SULUNG atau nama penuhnya Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia merupakan antara inisiatif oleh Kementerian Pendidikan Tinggi bagi membantu pelajar B40 menjadi pertama dalam keluarga untuk melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi. Wujudnya program ini dapat membantu pelajar B40 dengan memberi mereka laluan khusus untuk ke universiti awam.
BANTUAN PROGRAM SULUNG KPT
- Laluan khusus ke universiti awam
- Tawaran biasiswa
- Asrama
- Mentoring sehingga dapat pekerjaan
Kementerian Pendidikan Tinggi juga menyediakan fasiliti pendidikan tinggi seperti :
- Universiti
- Politeknik
- Kolej Komuniti
Selain itu KPT juga menyediakan bantuan dalam bentuk lain seperti :
- Pelan data internet
- Pengurangan yuran
OBJEKTIF PROGRAM SULUNG
- Usaha membantu pelajar B40 menjejakkan kaki ke menara gading
- Keluarkan mereka daripada kitaran B40
- Membuat mereka lebih berdikari
- Agar kejayaan dijadikan motivasi keluarga dan komuniti setempat
KAEDAH PEMILIHAN PELAJAR YANG LAYAK
- Menerusi sistem UPUOnline
- Pelajar terpilih akan diberikan biasiswa, kemudahan dan motivasi bagi membantu golongan B40 mengubah nasib diri dan keluarga.
Sumber : sinarharian