LOGIN CIDB : CARA RENEW CARD ATAU PERBAHARUI KAD HIJAU
Untuk pengetahuan anda, diwajibkan semua pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja binaan berdaftar dengan CIDB sebagai Personel Binaan iaitu dengan memiliki Kad Hijau CIDB berkuatkuasa 1hb Jun 2015. Jika anda telah pun mempunyai kad hijau tetapi ianya telah tamat tempoh, anda perlu renew CIDB kad hijau anda supaya apabila berlaku kemalangan di tapak binaan, anda layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut cara login CIDB dan renew kad hijau sila ikuti artikel yang kami sediakan ini.
BACA JUGA : GERAN BBKM TEKUN 2022 : PERMOHONAN RM3000 BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA
CARA RENEW KAD HIJAU CIDB
1. Sila layari laman web rasmi CIDB di pautan ini : cims.cidb.gov.my
2. Setelah itu, anda perlu pergi ke bahagian Login :
- Login akaun anda dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan
3. Apabila sudah berjaya Login, paparan menu akan dipaparkan kepada anda
5. Sila klik pada Construction Personnel Module dan seterusnya klik pada pilihan Personnel Card
6. Paparan ruangan untuk pengisian maklumat anda akan ditunjukkan. Sila isi kesemua maklumat yang diminta dengan tepat dan jelas.
7. Seterusnya, untuk membuat bayaran anda akan diberi 2 kaedah samada :
- Secara Online Banking
- Terus hadir ke kaunter CIDB yang berhampiran dengan anda.
8. Untuk dapatkan kad hijau yang telah anda perbaharui terdapat 2 cara yang boleh dipilih samada :
- Secara pos ke alamat surat menyurat anda
- Anda boleh mengambilnya di kaunter CIDB yang berhampiran dengan anda.
9. Selesai
NOTA :
- Proses renew kad hijau ini mengambil masa minimum 1 bulan
- Sila cetak kad hijau sementara di laman web rasmi CIDB
- Anda akan dimaklumkan apabila kad hijau anda sudah siap diperbaharui